Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 9 June 2019

Written on

Pemergian Yang Diimpikan Kerinduan Yang Tiada Penghujung

Allah .. Allah .. Allah ...

Bangun dari tidur, aku rasa seperti baru terjaga dari mimpi.

Mimpi yang sedih, mimpi yang menakutkan, mimpi yang menjadi igauan ngeri.

Tetapi hakikatnya, ianya bukan mimpi.

Ayah telah tiada!

Pada saat aku terima panggilan telefon, mengatakan ayah sudah tiada nadi, aku terduduk, Dunia seakan gelap seketika.

Aku menggigil, aku tergamam, aku menjerit.

Ya Allah, benarkah berita ini??

Ayah pergi pada jam 4.20am, di pagi Jumaat, 3 Syawal 1440H, 07 June 2019. Di Waktu Tahajjud. Dan selepas melalui 30 Hari Madrasah Ramadhan.

Allahuakbar, pemergian yang diimpikan oleh setiap orang.

Tiada sebarang penyakit, hanya sesak dada, dan dalam masa beberapa minit, ayah rebah dan menghembuskan nafas terakhir.

Dan ayah pergi dalam keadaan berkain pelikat (pakaian solat ayah) dan muka yang tersenyum.



Ayah ketika mengerjakan Umrah Jan 2017. Alhamdulillah, aku tanggung 100% umrah ayah sebanyak RM 7K (maaf, tiada niat riak, hanya sebagai motivation buat anak didik bisness aku)

Ini gambar ayah pada 1 Syawal , 5 Jun 2019. Sudah nampak sebenarnya tanda2 ayah tidak lagi excited dgn duniawi. Gambar ini pun kerana anak2 yang suruh.



Alhamdulillah, Allah beri aku peluang untuk tunaikan IMPIAN ayah sedikit demi sedikit.

Ada aku tuliskan sedikit coretan di sini (Akhirnya Impian Membawa Mereka Tercapai)

Ayah, aku berjanji. Akan aku jaga permata hatimu, IBU sebaik mungkin. Aku tahu kau sangat2 menyayangi ibu. Kau sentiasa mahu ibu gembira.

Selagi hayat aku masih ada, aku akan berusaha bahagiakan ibu. Aku janji!

Ainul sangat rindu pada Ayah . Sungguh, sakitnya perasaan ini.
Sakitnya menanggung rindu ini. 😔
Rindu yg tiada penghujung.....

AL-FATIHAH
ABDUL RAZAK BIN HAJI TALIB
13 DISEMBER 1956 - 07 JUN 2019
03 SYAWAL 1440H



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)



sms/whatsapp: +6013-6971176


Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.