Pages

Tuesday 31 December 2019

Antara Cash & Property; Mana Lebih Bagus?

Assalammualaikum w.b.t ...

Selamat menyambut tahun baru semua ! Ok my 1st entry untuk tahun 2020 and specifically 1 Jan 2020.

Ok, now saya nak tulis sedikit pengalaman yang saya lalui. Antara CASH & PROPERTY, yang mana lebih bagus?

Actually kan , tidak ada mana yang salah dan tidak ada mana yang betul. Semuanya berdasarkan "needs" dan keutamaan masing2.

Cuma apa yang saya boleh kongsikan, dari pengalaman saya attend few seminars & classes, ramai sifu2 yang tekankan ..

"Orang kaya tidak invest pada cash tetapi mereka invest pada properties"

Awalnya saya tidak faham statement ini. Saya pernah attend class dari MJ (Mak Jerung) Puan Ieza Yusof.

Puan Ieza pernah share, masa muda2 dulu, mmg dia aim beli rumah dari beli barang2 shopping. Yess, sejak dia belajar lagi.

Bayangkan, orang lain dating .. pi shopping baju, p keluar makan, p beli itu ini, tetapi dia keluar dating pergi shopping rumah. Dia aim untuk ada 1st house by the time dia habis belajar. Gila x giler?

Saya dulu pun masa belajar, tak pernah terfikir pasal ni. Sebab tiada exposure.

Tetapi bila saya dah lalui sekarang, bila mana saya pindah rumah 3 tingkat, dan rumah yang saya duduk dahulu ada orang nak beli .. dengan keuntungan sebanyak RM 200-300k cash buat saya ..

kau rasa???

Rumah yang pernah kau duduk dan lepas kau dah tak duduk, rumah tu boleh bagi kau cash sebanyak ini! Tak masuk akal kan?

Kalau nak simpan RM 200-300k, entah bila boleh dapat. Sure habis punyer sebelum sempat duit tu cukup.

So berbaloi tak saya beli rumah untuk saya duduk? Dari menyewa lebih baik lah kita beli. Yer dak??

Kita bayar rumah yang kita duduk setiap bulan umpama kita simpan duit kat bank setiap bulan. Cukup tempoh, u akan dapat balik "simpanan" you (bila u nak jual rumah tersebut).

Rumah duduk dapat, duit simpanan pun dapat juga. hehehehe ...

- - - - - - - - - -- - - - - - - - - --

Ok sedikit info yang saya dapat dari one of class that I've attended:

Orang2 kaya:

1) Asset

- mereka bina perniagaan (yes, perniagaan juga suatu aset!)
- mereka beli properties/ syer/ company etc
- mereka beli barang2 mewah hanya selepas asset di atas mendatangkan pulangan

2) Masa

- mereka akan fikir cara untuk automate the business
- mereka akan hire pekerja

Sebab apa? Sebab masa mereka sangat berharga untuk melakukan kerja2 rutin, sebaliknya masa yang ada mereka akan fikirkan untuk kembangkan lagi asset yang ada.

Hah sebab tu saya ada maid. hehehe. (lari topik sat)

yerlah, saya kan ibu yang bekerja dari rumah. So saya tak boleh bazirkan masa saya buat kerja2 rumah yang rutin. Biarlah orang kata saya ni isteri tak sempurna ke, bukan  supermom ke ..

Nak buat kerja2 rumah di rumah 3 tingkat? memangg x focus bisness lah mung ainul. hahahaha

- - - - - - - - - - - - - - - - -- - - - - - -

Alhamdulillah, bila saya tengok balik ..

Kesemua point di atas saya berjaya peroleh hasil dari bisness Shaklee yang saya bina sejak 2013!

Yess, bisness yang hanya dilakukan secara online dari rumah. Saya pun kadang rasa macam mimpi bila saya ingat benda ni.

Bisness apa yang boleh bagi saya hasil sebanyak ini:

- duduk rumah boleh jana 5 figures sebulan
- duduk rumah boleh bayar zakat & cukai 5 angka
- duduk rumah tetapi boleh memiliki 7 properties
- duduk rumah tapi setiap tahun travel luar negara

Rasa macam kerja giler kan! But it happened to me!

Rumah ke-6 yang saya beli. Baru terima kunci. Alhamdulillah. 

 Ok berbalik pada tajuk entry di atas; antara cash & property, mana lebih bagus?

Jawapan saya.. PROPERTY !

So guys, tolong lah aim untuk beli rumah. Walaupun sekadar rumah kos rendah. Jangan fikir nak beli kereta idaman dahulu sebelum anda ada rumah.

Saya pun beli Mercedes sport hanya selepas saya berjaya memiliki beberapa buah properties.

Buat permulaan, aim beli rumah untuk duduk. Jika anda mampu bayar RM 500 sebulan, maka carilah rumah yang berharga sekitar RM 100-200k.

Biar anda duduk rumah buruk, rumah yang teruk, kerana ia akan jadi push factor anda untuk keluar dari comfort zone!

Ingatlah .. kita ada Tuhan yang Maha Kaya.

Minta minta minta lah pada Nya. Allah itu tidak zalim. Kita ni je yang selalu buruk sangka dengan Pencipta kita.

Ingat guys;

TIDAK SALAH KITA DILAHIRKAN SEBAGAI ORANG MISKIN TETAPI ADALAH SALAH JIKA KITA MATI DALAM KEADAAN MISKIN !

Semoga tahun baru 2020 akan membawa satu perubahan besar pada drii kita.

Salam sayang dari saya; Master Ainul 
Gambar di hadapan Sheikh Zayed Grand Mosque, Abu Dhabi



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)




sms/whatsapp: +6013-6971176



Wednesday 30 October 2019

7 hari yang Busy!

Assalammualaikum dan hi semua!

Fuh, baru harini saya nampak dunia.

7 hari saya tak dapat ber online sangat sebab sedang menyiapkan kerja yang hampir due date.

Yess! Saya menyepi dari dunia online seketika kerana settle kan kerja yang due date nya pada 31 Oktober!

Ya Allah, Tuhan saja yang tahu betapa huru hara hidup saya.

Kerja ini TIDAK melibatkan bisness Shaklee saya ..

Cukuplah saya katakan ia melibatkan urusan syarikat kami, yang mana jika saya tidak siapkan, kami akan kerugian ribuan ringgit. Adudududu...

Maka nak tak nak, saya perlu focus untuk menyiapkan "kerja" ini juga.

Setiap malam saya tidur jam 2.30 - 3.30 am kerana menyiapkan tugasan ini. Dan saya mula buat seawal jam 10.00 am setiap hari yer.

Saya hanya berhenti untuk solat & makan sahaja. Yer, anak2 pun saya tak dapat tengok sangat.

Mujur ada bibik .. so bibik lah yang masak & tengok anak2 makan etc.

Mujur juga saya kerja dari rumah, maka anak2 ada depan mata walaunpun saya menghadap PC sehari suntuk!

Yer .. hampir 15 jam sehari dok depan PC buat "kerja" ni weh.

And I did it for 7 days! Warghhh .. miong rasa otak. huhuhuhuh.

Dahlah huru hara nak pindah rumah. Ditambah nak kejar due date projek. Haih .. macam nak terbalik dunia.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Waktu sekarang jam 2.50am dan saya nak isytiharkan ...

SAYA BERJAYA SIAPKAN KERJA INI! yes yes yes ! 

Alhamdulillah, sujud syukur saya banyak2. Barulah nampak dunia sebenar. (how bad my body was. huhuhu. Nasib saya makan Shaklee, at least ada lah juga perlindungan terhadap sel2 yang dah haywire ni)

So, alang2 saya dah "merdeka" ni, saya tulis lah blog sekejap sebelum melelapkan mata.

Fuh, terasa macam dalam drama2 pula, dok kalut siapkan projek besar syarikat. hahaha ...

So sorry buat semua customer. prospek Spa & anak2 cucu yang wassap saya , dan tidak ber reply.

Seriously, sepanjang siapkan tugasan ni, saya tak mampu nak tengok & focus pada bisness.

Bukan kata Facebook, Whatsapp pun saya jarang baca!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ok now saya dah boleh focus Closing Shaklee pula. Yehuuu!

Hari ini dah 31 Oktober. The clock is ticking so fast!

Promo Ostematrix pun bakal berakhir hari ini.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Buat anak cucu Shaklee saya yang mana tengah fight for BLNC, go n fight! Jangan menyerah!

Allah is listening!

In shaa Allah, bulan 11, saya dah atur coaching session dengan semua. So get ready!

Since bulan October dah banyak tinggal coaching, so kita qada in November pula.

Orait, mata pun dah layu sangat2 ni, saya end dulu yer posting saya.

Jumpa lagi di lain masa.

Bye2 ...


Kenangan di Jepun May 2017 
(gambar tiada kena mengena dengan post. hahaha)


Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)




sms/whatsapp: +6013-6971176



Saturday 14 September 2019

Peluang Dalam Bisness Shaklee - 3Cs Yang Power!

Assalammualaikum & hi guys!

Ya Allah, I'm so excited to write this entry! 😁

Yerlah, mana tak excited.  Nak cerita my lifetime career kan?

Career yang memberi apa yang saya inginkan selama ini; professionalism, excitement, travelling, teamwork, having dinner, meeting & discussion but at d same time, I still can see my kids depan mata.

Career yang membawa saya mencapai satu persatu Impian saya!

Career yang memberi saya time & money freedom, alhamdulillah  ...

Yeah, semestinya career sebagai seorang Shaklee Businesswoman, Shaklee Entrepreneur 💪

Me at my new S.O.H.O 
(Small Office Home Office)

Alhamdulillah, setelah 6 tahun buat Shaklee, finally saya dapat realisasikan IMPIAN utk ada S.O.H.O yang cantik di rumah! 


Psst: korang nk tgk ghupe S.O.H.O saya yg dulu? Boleh baca post tu di sini: My S.O.H.O (Small Office Home Office) since 2013

Ok now, saya nak cerita Apa Kelebihan Bisness Shaklee; yang korang kena tahu! Then baru korang akan rasa sgt wow dan berbaloi utk bertahan dalam Shaklee.

Basically ada 3C yang power yang akan summarize all benefits yg ada pada bisness Shaklee:

1) C Yang Pertama - Cash Bonus

Hah, yang ini best tau. Bonus Shaklee is unlimited! You work hard you earn more.

Saya pernah nampak otai Shaklee terima bonus sebanyak RM 600k sebulan. Sebulan tau, bukan setahun.

Dan Shaklee mampu bayar! Imagine duduk rumah boleh dpt 7 angka sebulan? Tak best ke?

Setakat ini saya belum capai banyak tu. Saya baru dpt RM 50k sebulan. Hehehe.

In shaa Allah soon!

Nanti next entry saya cerita apa saya buat dgn duit yg saya dpt dari bonus Shaklee tu ek.

Btw, untuk beginner  .. jangan risau. Tak perlu target besar nak capai bonus mcm saya ni.

Start Small dahulu. Lepas tu baru up sikit2.

Saya dulu .. bonus pertama saya dgn Shaklee adalah RM 500 je tau.

Tapi Slowly ia meningkat bila saya clear target saya from time to time.

So korang yg nk buat bisness Shaklee, just target untuk lepaskan keperluan dulu.. then bila dh dpt, mula besarkan impian korang. Howkay 💪

2) C Yang Kedua - Car Bonus

Hah, ni pun best giler! Shaklee tak bagi sebuah kereta tau tapi Shaklee bagi duit setiap bulan. And seumur hidup dpt duit ni.

So terpulang, u nk guna duit tu utk beli kereta atau nak simpan guna tempat lain.

Macam saya .. saya dapat car bonus June 2013.

Tapi waktu tu .. saya dh beli kereta sendiri which is Honda City (masa waktu bekerja dahulu).. and my hubby beli Estima.

So tiada keperluan utk kami beli kereta baru waktu itu. Jadi kami simpan je duit car bonus tu and kumpul2 utk beli rumah.

Lepas dah berjaya miliki 7 biji rumah, baru kami decide beli kereta baru.

And nak tahu saya pilih kereta apa??

..... it's a sport car! (ni gara2 follow Irfan Khairi). Hahaha.

Bergambar dgn IK sewaktu mengikuti kelas beliau tahun 2017

Ni bergambar dgn kereta sport IK pula

Alhamdulillah, berjaya miliki Mercedes sport roofless atas nama saya sendiri dgn bonus car from Shaklee 

My kesayangan- MAS 1983 = Master Ainul Shahrazad 


3) C Yang Ketiga - Convention Trip 

Ok yang terakhir, adalah Convention Trip.

Trip Shaklee adalah setiap tahun tau dan ianya terbahagi kpd 2; International Trip & Regional Trip.

So far, saya tak pernah miss satu pun trip Shaklee setiap tahun since 2014 until 2019.

It means dah 5 tahun howkay saya dpt trip PERCUMA yang mewah dari Shaklee!

Saya ada tulis pasal trip yg saya dh pergi. Boleh baca entry saya pasal trip Shaklee di sini: Percutian Mewah Seorang Surirumah

Bergambar di Golden Gate San Francisco.  Actually saya dan suami baru je balik dari percutian mewah Shaklee di San Francisco & Las Vegas.  Kami pergi dari 17 July 2019 until 25 July 2019. Fuh best giler. Honeymoon yang disponsor , siapa nak bagi kan? 😁


Ok rasanya tu aje entry kalini. Korang kalau ada nak tanya paper, komen je kat entry ni k? Atau wasap saya terus; 013-6971176.

Sebenarnya saya tulis blog ni guna hp je tau. And I wrote this entry dlm perjalanan pulang dari Melaka to Bangi.  Hebat tak 😜

Manfaatkan masa yang ada, yer dak. Baru namanya Work Smart.

Oklah, saper nak join saya utk buat business Shaklee, meh roger no di bawah.

Nak buat Spa Shaklee pun boleh; di bawah projek TWB.  Dapat cash hari2 tau.

Sehingga berjumpa lagi di next entry. Tata titi tutu ~


Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)




sms/whatsapp: +6013-6971176



Thursday 13 June 2019

Bagaimana Membina Minda Jutawan

Assalammualaikum semua..

Aku nak share pengalaman aku sepanjang perjalanan aku menempuh hidup yang susah sehingga agak selesa sekarang.

Frankly speaking, semua yang aku dapat sekarang; ianya bermula dgn MINDA.

Yess, mindsetting!

Rumah sewa aku dahulu RM 380 sebulan. Terus terang aku cakap, keadaan rumah ni awalnya sgt uzur! Tapi bila aku masuk pindah rumah ni, aku hias seperti sebuah istana untuk anak2 aku. hehehe



Dari pemerhatian aku, cara nak cipta minda jutawan adalah dengan kau MEMBINA IMPIAN yang besar! Bukan impian biasa2 tetapi IMPIAN LUAR BIASA!

Aku hidup susah dahulu, dan aku sangat2 ber impian untuk hidup yang lebih senang. 

Aku nak rumah yang selesa, aku nak kereta yang selesa, aku nak travel negara yang best2, aku nak tgk anak2 aku pakai baju yang cantik2 & bergaya, aku nak life aku dikelilingi perkara yang best2 yang orang kaya selalu buat. 

Pendek kata, aku ni sentiasa pasang IMPIAN yang ke arah duniawi . Nampak macam asyik tak puas dengan nikmat dunia je. hehehe

Tapi kan ... aku nak bagitahu, ini lah sebenarnya pemikiran2 yang bawa aku keluar dari kehidupan comfort zone aku. 

Pemikiran2 yang nampak macam duniawi ini lah yang bawa aku untuk selalu berdoa, meminta , merayu pada Allah. 

Pemikiran2 yang materialistik ini lah yang buat aku lagi banyak belajar dan berusaha untuk perbaiki life aku.

Susah aku nak explain benda ni jika korang sendiri tak berani MENCIPTA IMPIAN.

Apa yang aku boleh buat adalah share pengalaman aku dan mudah2an dgn apa yang aku kongsikan, akan membuka mata & hati mereka yang ingin ubah hidup.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Aku share apa yang aku buat dulu2 yer .. sekadar berkongsi pengalaman



Ni keadaan rumah sewa aku dahulu. Luar begini, belum masuk dalam lagi. Dengan cat yang terkopek n menghakis, dengan pintu yang rosak n pecah. hehehe


Korang tengok keadaan dalam rumah aku. Aku dok snap gamabr anak aku yang pertama.

Dan boleh nampak keadaan rumah aku .. sangatlah daif.


 


Masa aku dok sini, aku tambah sikit2 barang. Aku nak yang terbaik untuk anak aku.

Aku mula simpan duit. Aku tak beli toys2 murah, Aku simpan duit, beli sikit2, tapi yang kualiti untuk anak aku. 

As i said, ianya bermula dgn MIND.

Sebab aku nak toys yang berkualiti utk anak aku, aku mula berjimat cermat.  

Nampak tak .. action aku menunjukkan keiginan aku untuk capai Matlamat aku. 


Ada orang nak ubah hidup, tapi tak nak ubah TABIAT HIDUP. So mmg tak dapat lah nak ubah hidup tu.

Aku mula beli playground kecik utk anak aku. Then aku beli poster belajar untuk anak aku. 

Aku nak semua nampak high class. Dari cara bermain, cara belajar, cara berinteraksi, semua aku design utk keadaan yang high class.

Ini semua bukan pakai air liur, semua ni pakai duit beb! So mmg aku ikat perut lah. 

Orang hanya nampak yang luaran, tetapi orang tak nampak struggles yang aku buat. 



  



Lepas tu, aku bincang dgn laki aku. Kena cat rumah ni. So laki aku pun beli cat, n dia pun mula cat 1 rumah. Masa tu, xde duit banyak, jadi kami semua buat sendiri.


 
Yeayy.. dah cat! 

Satu lagi kan .. aku ni rajin p show house. Masa aku mula bekerja dulu, aku mmg akan alert if ada tapak2 perumahan baru. Memang zass aku akan pergi sbb nak lawat show house nye.

Kat bawah ni, antara show house pertama yang aku tengok masa baru je mula kerja.


 


 

Bila aku p show house, aku akan mula tak selesa dengan rumah aku sekarang. Dan aku mula mencari jalan untuk pindah rumah yang lebih selesa.

Aku bukan p merungut kat laki tau, tapi aku cari jalan! Macam mana aku boleh dapat rumah yang lebih selesa. 

So nak tak nak, tak de jalan lain, melainkan Aku kena besarkan income aku. 

Dan dari situlah , bermula lah perjuangan aku untuk mencari part time business. 

Dan dipendekkan cerita, akhirnya aku bertemu dengan business Shaklee. Dan dgn business Shaklee lah, aku mampu beli rumah idaman aku berharga RM 1.3 juta. 

Boleh baca juga kisah aku dgn shaklee di sini: (Kenapa Saya Pilih Bisness Shaklee)

Oh ye, bukan rumah idaman sahaja yang aku beli, tapi aku mampu beli 7 properties yang lain. hehehe. Alhamdulillah . 


Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature
Rumah yang aku beli RM 1.3 juta

So point nya, korang kena selalu AIM life yang high class.

Jangan aim life biasa2. Kerana korang akan usaha biasa2 juga.

Mencipta Minda Jutawan, minda yang high class.. bukan bermakna kita Mencipta HUTANG, NO no !

Tetapi kita mula berusaha utk kurangkan tidur, usaha untuk survey dan belajar, mula untuk mencari mentor. Mula untuk khusyuk dlm berdoa. 

Bila kita telah mula mengambil langkah, mula berusaha untuk perbaiki life kita, percayalah.. di waktu itu Allah akan hantarkan bantuan Nya! 

You just have to believe!

Miracle happen when you believe! 

So ACT Now!




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)




sms/whatsapp: +6013-6971176


Monday 10 June 2019

3 Sebab Utama Mengapa Tidak Ramai Dapat Ubah Hidup

Apa beza usaha aku sehingga aku dapat tunaikan Impian Ibu & arwah ayah?

Ada orang punyai niat & Impian yang sama, tetapi masih tak dapat juga.

Masih tak dapat bawa mak ayah pergi Umrah, masih tak dapat senangkan mak ayah, masih tak mampu bawa mak ayah mentadabbur bumi Allah.

Ada juga yang masih mengharapkan duit mak ayah lagi, masih biarkan mak ayah bertungkus lumus cari duit di usia tua mereka.

Maaf, aku bukan nak mendabik dada. Aku pun, banyak lagi yang tak sempat nak buat untuk arwah ayah.

Sebenarnya aku bingung bila kadang2 ada yang bertanya, sempatkah mereka berbakti pada mak ayah mereka? Boleh kah mereka ada peluang beri kesenangan pada mak ayah mereka?

Aku rasa, jawapan nya ada di bawah.

Aku dapat posting ini dari Tuan Zaidi, salah seorang Sifu yang aku follow.

Point yang beliau share, rupanya mmg aku praktis dalam kehidupan aku.

Mungkin korang boleh follow jika rasa sesuai dgn life masing2.


3 SEBAB UTAMA 95% TIDAK AKAN MENJADI KAYA
=========================

1. Mindset - Mempunyai minda / pemikiran orang miskin

》》 betul, aku cukup benci dgn kehidupan miskin.

Sebab aku dah lalui dari kecik. Jadi aku membesar dalam keadaan aku nak jadi orang kaya.

Aku sentiasa berfikir perkara2 yang high class, sentiasa aim nak bagi yang best2 utk ibu & ayah.

Kerana fikiran2 itulah, tindakan aku mungkin berbeza dari orang lain yang asyik banyak berikan alasan.


2. Sikap & Tabiat - Memiliki sikap & tabiat orang miskin

》》 antara tabiat & sikap orang miskin ; cukuplah dgn apa yang ada. Tak suka tgk kejayaan orang lain. Tak nak follow steps orang yang berjaya.

Sebabnya ada 3; malas, tak sanggup nak struggles & tak nak keluar dari comfort zone.


3. Tidak bertindak biarpun peluang di depan mata - Menunggu bulan jatuh ke riba dengan 1001 alasan.

》》 yess, yang ni pun aku agree. Too slow in action. Asyik tangguh je.

Dan penyebab utama juga, malas nak doa n malas nak bangun tahajjud.

Aku ingat lagi kata2 ini:

"Doa disaat tahajjud adalah umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran."- Imam As-Syafie

Aku sgt pegang benda ni, dan mmg setiap kali aku bangun tahajjud, aku akan guna senjata doa giler2 utk merayu, menangis depan Allah. Aku nak banyak duit supaya aku boleh bayar hutang ibu ayah & bahagiakan mereka.

Doa ketika tahajjud sgt2 powerful, dan ramai tahu benda ni.

Tapi sedihnya .. ramai TAHU tetapi ramai yang TIDAK MAHU bertindak.

Kalau kita jauh dgn Allah, rasa2nya Allah nak gerakkan ke mata, tangan, badan kita untuk berubah & bertindak? Memang tak.

Jadi bila ada apa sahaja peluang depan mata, mmg kita akan nampak susah je. Banyak je alasan kita akan bagi .

Aku tahu, aku tak sempurna. Aku pun kadang2 banyak leka & lalai.

Dan aku hanya share ni sebagai motivation . And as reminder utk diri sendiri.

Banyak lagi sebenarnya perkara yang aku kena buat utk berbakti pada ibu & arwah ayah.

Aku sudah kehilangan seorang, dan aku tak nak buang masa utk berbakti pada ibu yang masih hidup.

Untuk jaga dan gembirakan isteri kesayangan ayah ni.

- - - - - - - - - - - - -

Ayah, ainul syg ayah sangat2. Terlalu sayang.

Terima kasih, ayah kerana asbab ayah lah, ainul lahir di dunia.



Belanja ibu ayah makan di hotel ketika selesai kelas Nutrisi Shaklee di Bayview Hotel, Melaka. 

Sakitnya menanggung rindu ini. 😔

Rindu yg tiada penghujung.....


AL-FATIHAH
ABDUL RAZAK BIN HAJI TALIB
13 DISEMBER 1956 - 07 JUN 2019
03 SYAWAL 1440H



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)



sms/whatsapp: +6013-6971176

Sunday 9 June 2019

Bahagiakan Ibu Ayah sementara masih ada peluang


Ya Allah .. Aku sangat rindu pada ayah.

Aku nak compile entry ini. Entry moment2 aku bawa ayah travel sepanjang hidup ayah.

Sejak kami kecil, ayah memang suka bawa kami jalan2 walaupun hanya dalam Malaysia (to be specific dalam Semenanjung Malaysia sahaja). Kami bukan orang senang, tapi ayah tak pernah kedekut untuk bawa anak jalan2 bila ayah ada rezeki lebih. 

Sebab itu agaknya, aku membesar menjadi seorang yang suka giler Travel! Dan aku buat Shaklee pun, sebab aku nak banyak duit utk aku ada kebebasan Travel around d world.

Kami 1 keluarga tak pernah naik flight. Dan disebabkan itu, aku memang simpan IMPIAN nak naik kapal terbang dan bawa ibu ayah naik sekali.

Alhamdulillah, bila aku tulis entry ni, aku dapat recall semula memory aku belanja ayah jalan2. 

Dulu ayah selalu bawa aku n adik2 jalan2, pusing 1 Malaysia.

Dan sekarang, aku happy sgt sebab aku ada peluang buat benda yang sama pada ayah ketika ayah masih hidup.

Apr 2007   : Aku belanja ayah naik Air Asia ke Sandakan

May 2014  : Aku belanja ayah naik MAS ke KK

Aug 2015   : Aku belanja ayah naik MAS ke KK

Jan 2017    : Aku belanja ayah Umrah (naik MAS juga)

Marc 2018 : Adik belanja ayah naik Air Asia ke Melbourne 

May 2018   : Aku belanja ayah 
ke Brunei naik Business Class MAS

Alhamdulillah, start 2014, ramai adik2 aku yang dah mula berkemampuan, ada yang belanja ayah baju, kasut, handphone, jam tangan, wallet etc.

Kewangan ibu ayah pun semakin bertambah baik. 

Sebenarnya tahun 2019, aku dah plan nak Travel dgn ayah lagi. 

June 2019 ni - aku dah plan nak pergi Sabah sekali lagi dgn ibu ayah

Dec 2019 ni - aku dah plan nak bawa ibu ayah ke London

Dan tahun 2020, aku nak bawa ibu ayah pergi Haji.

Tapi hajat aku tak kesampaian. Allah lebih sayangkan ayah. 😔😔

Maka, izinkan aku utk compile segala moment2 travel ibu bersama arwah ayah sepanjang ayah hidup. 


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


April 2007: Inilah kali pertama ibu ayah menaiki Flight. Waktu ini, kakak aku ada di Sabah. Jadi aku belanja flight tiket ibu ayah untuk lawat kakak di Sabah (KL - Sandakan). 

Time ni, aku baru bekerja. Belum buat bisness Shaklee lagi. Hidup pun masih tak stabil. Jadi aku hanya MAMPU belanja mereka flight tiket.

Walaupun hanya menaiki Air Asia, tetapi perasaan excited tu, tak boleh digambar! Aku minta adik ambik gambar ibu ayah dalam flight (aku tak pergi  sekali sebab kerja). Memang IMPIAN aku dari kecik , nak sangat ibu ayah merasa naik FLIGHT dan akhirnya, yess!! Ibu ayah fly pada tahun 2007! 

Ibu Ayah dah lalui hidup yang susah ketika membesarkan kami, jadi bila dapat bawa mereka naik flight, aku rasa excited giler! 


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



May 2014: Alhamdulillah, sekali lagi aku berpeluang belanja ayah naik FLIGHT. Tapi kali ini , bukan dengan Air Asia tetapi dgn Malaysia Airlines. Kami fly KL - KK. Waktu ini, aku dh full time buat bisness Shaklee. Dan aku tanggung 100% perbelanjaan ibu ayah. Dari flight tiket , hotel, makan , kereta sewa etc. 

Aku pergi dgn 3 orang anak, maid serta ibu ayah. Total 4 dewasa & 3 kanak2.

Terima kasih Allah kerana beri aku rezeki utk bahagiakan ibu ayah. Exicted ibu ayah dapat naik MAS!


Ketika menunggu di Gate KLIA utk boarding


Dah sampai KK, n sedang nak check in Palace Hotel. Ibu Ayah tunggu di lobby.


hehe. comel tak ayah? Kita ambik gambar dia, dia pula ambik gambar kita. Kamera ayah tu, adik aku yang belikan; Master Athirah.



Alhamdulillah, dah selesai check in Palace Hotel. 



Bilik di Palace Hotel. Sebenarnya waktu ini aku bawa ibu ayah ke Sabah sebab aku menghadiri event Shaklee. 


Event Shaklee yang aku hadiri. "Magic Session Jutawan KK". Dan aku sebagai one of Speaker Jemputan.



Menjadi Speaker Jemputan di "Magic Session Jutawan"


Lepas habis urusan Shaklee, aku bawa ibu ayah jalan2 ke "Rumah Terbalik" Sabah


Bergambar di bilik air @ Rumah Terbalik. Gambar ini sahaja yang ada. Aku pun tak tahu, mana lagi gambar2 lain. Ni pun jenuh aku gali album2 lama aku. Mujur ada juga sikit2 gambar.

Masa di KK, aku sewa kereta. Ayah yang bawa. Waktu ini suami tiada sebab bekerja (masa ni, Maryam x lahir lagi). Alang2 ada event Shaklee, aku bawa semua berjalan ke Sabah. Ibarat out station bekerja, tetapi out station yang boleh bawa family bersama. 

Memang bisness Shaklee adalah bisness terbaik yang aku pernah jumpa.  


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


August 2015: Sekali lagi aku berpeluang bawa ibu ayah ke Sabah . Dan sekali lagi menaiki Malaysia Airlines. Tapi masa ini, aku hanya bawa 2 orang anak; Fateh & Maryam. Sumayyah & Ammar tinggal. Cik mi yang jaga.


Sumayyah menangis sebab kena tinggal. Sorry yer kakak sebab ummi ada kerja.


Dan suami aku pun xde time ni. Ada di Dubai. Sibuk memanjang je dia tu. Tapi bagus juga suami tiada. Boleh aku spend masa dgn ibu ayah sepenuhnya, sambil2 setelkan urusan bisness.



Ready @ KLIA Gate utk boarding. Tak ada pula gambar dalam kapal terbang. Huhuhu


Kali ni, aku ke Sabah kerana memberikan Training SPA TWB. Waktu ini TWB baru launch and harga Training hanya RM 450 sahaja.

Lepas habis Training Spa, masa utk jalan2. Aku sewa kereta & ayah yang drive. Ayah always be my hero. 

Kami ke Kundasang. Pergi ke Desa Farm, Sabah Tea, Ikan yang gigit2 tu etc. Tapi aku cari2 gambar  di tempat ikan tu, tak jumpa pula.