Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 13 June 2019

Written on

Bagaimana Membina Minda Jutawan

Assalammualaikum semua..

Aku nak share pengalaman aku sepanjang perjalanan aku menempuh hidup yang susah sehingga agak selesa sekarang.

Frankly speaking, semua yang aku dapat sekarang; ianya bermula dgn MINDA.

Yess, mindsetting!

Rumah sewa aku dahulu RM 380 sebulan. Terus terang aku cakap, keadaan rumah ni awalnya sgt uzur! Tapi bila aku masuk pindah rumah ni, aku hias seperti sebuah istana untuk anak2 aku. hehehe



Dari pemerhatian aku, cara nak cipta minda jutawan adalah dengan kau MEMBINA IMPIAN yang besar! Bukan impian biasa2 tetapi IMPIAN LUAR BIASA!

Aku hidup susah dahulu, dan aku sangat2 ber impian untuk hidup yang lebih senang. 

Aku nak rumah yang selesa, aku nak kereta yang selesa, aku nak travel negara yang best2, aku nak tgk anak2 aku pakai baju yang cantik2 & bergaya, aku nak life aku dikelilingi perkara yang best2 yang orang kaya selalu buat. 

Pendek kata, aku ni sentiasa pasang IMPIAN yang ke arah duniawi . Nampak macam asyik tak puas dengan nikmat dunia je. hehehe

Tapi kan ... aku nak bagitahu, ini lah sebenarnya pemikiran2 yang bawa aku keluar dari kehidupan comfort zone aku. 

Pemikiran2 yang nampak macam duniawi ini lah yang bawa aku untuk selalu berdoa, meminta , merayu pada Allah. 

Pemikiran2 yang materialistik ini lah yang buat aku lagi banyak belajar dan berusaha untuk perbaiki life aku.

Susah aku nak explain benda ni jika korang sendiri tak berani MENCIPTA IMPIAN.

Apa yang aku boleh buat adalah share pengalaman aku dan mudah2an dgn apa yang aku kongsikan, akan membuka mata & hati mereka yang ingin ubah hidup.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Aku share apa yang aku buat dulu2 yer .. sekadar berkongsi pengalaman



Ni keadaan rumah sewa aku dahulu. Luar begini, belum masuk dalam lagi. Dengan cat yang terkopek n menghakis, dengan pintu yang rosak n pecah. hehehe


Korang tengok keadaan dalam rumah aku. Aku dok snap gamabr anak aku yang pertama.

Dan boleh nampak keadaan rumah aku .. sangatlah daif.


 


Masa aku dok sini, aku tambah sikit2 barang. Aku nak yang terbaik untuk anak aku.

Aku mula simpan duit. Aku tak beli toys2 murah, Aku simpan duit, beli sikit2, tapi yang kualiti untuk anak aku. 

As i said, ianya bermula dgn MIND.

Sebab aku nak toys yang berkualiti utk anak aku, aku mula berjimat cermat.  

Nampak tak .. action aku menunjukkan keiginan aku untuk capai Matlamat aku. 


Ada orang nak ubah hidup, tapi tak nak ubah TABIAT HIDUP. So mmg tak dapat lah nak ubah hidup tu.

Aku mula beli playground kecik utk anak aku. Then aku beli poster belajar untuk anak aku. 

Aku nak semua nampak high class. Dari cara bermain, cara belajar, cara berinteraksi, semua aku design utk keadaan yang high class.

Ini semua bukan pakai air liur, semua ni pakai duit beb! So mmg aku ikat perut lah. 

Orang hanya nampak yang luaran, tetapi orang tak nampak struggles yang aku buat. 



  



Lepas tu, aku bincang dgn laki aku. Kena cat rumah ni. So laki aku pun beli cat, n dia pun mula cat 1 rumah. Masa tu, xde duit banyak, jadi kami semua buat sendiri.


 
Yeayy.. dah cat! 

Satu lagi kan .. aku ni rajin p show house. Masa aku mula bekerja dulu, aku mmg akan alert if ada tapak2 perumahan baru. Memang zass aku akan pergi sbb nak lawat show house nye.

Kat bawah ni, antara show house pertama yang aku tengok masa baru je mula kerja.


 


 

Bila aku p show house, aku akan mula tak selesa dengan rumah aku sekarang. Dan aku mula mencari jalan untuk pindah rumah yang lebih selesa.

Aku bukan p merungut kat laki tau, tapi aku cari jalan! Macam mana aku boleh dapat rumah yang lebih selesa. 

So nak tak nak, tak de jalan lain, melainkan Aku kena besarkan income aku. 

Dan dari situlah , bermula lah perjuangan aku untuk mencari part time business. 

Dan dipendekkan cerita, akhirnya aku bertemu dengan business Shaklee. Dan dgn business Shaklee lah, aku mampu beli rumah idaman aku berharga RM 1.3 juta. 

Boleh baca juga kisah aku dgn shaklee di sini: (Kenapa Saya Pilih Bisness Shaklee)

Oh ye, bukan rumah idaman sahaja yang aku beli, tapi aku mampu beli 7 properties yang lain. hehehe. Alhamdulillah . 


Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature
Rumah yang aku beli RM 1.3 juta

So point nya, korang kena selalu AIM life yang high class.

Jangan aim life biasa2. Kerana korang akan usaha biasa2 juga.

Mencipta Minda Jutawan, minda yang high class.. bukan bermakna kita Mencipta HUTANG, NO no !

Tetapi kita mula berusaha utk kurangkan tidur, usaha untuk survey dan belajar, mula untuk mencari mentor. Mula untuk khusyuk dlm berdoa. 

Bila kita telah mula mengambil langkah, mula berusaha untuk perbaiki life kita, percayalah.. di waktu itu Allah akan hantarkan bantuan Nya! 

You just have to believe!

Miracle happen when you believe! 

So ACT Now!




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)




sms/whatsapp: +6013-6971176


Read More

Share on Facebook



Monday, 10 June 2019

Written on

3 Sebab Utama Mengapa Tidak Ramai Dapat Ubah Hidup

Apa beza usaha aku sehingga aku dapat tunaikan Impian Ibu & arwah ayah?

Ada orang punyai niat & Impian yang sama, tetapi masih tak dapat juga.

Masih tak dapat bawa mak ayah pergi Umrah, masih tak dapat senangkan mak ayah, masih tak mampu bawa mak ayah mentadabbur bumi Allah.

Ada juga yang masih mengharapkan duit mak ayah lagi, masih biarkan mak ayah bertungkus lumus cari duit di usia tua mereka.

Maaf, aku bukan nak mendabik dada. Aku pun, banyak lagi yang tak sempat nak buat untuk arwah ayah.

Sebenarnya aku bingung bila kadang2 ada yang bertanya, sempatkah mereka berbakti pada mak ayah mereka? Boleh kah mereka ada peluang beri kesenangan pada mak ayah mereka?

Aku rasa, jawapan nya ada di bawah.

Aku dapat posting ini dari Tuan Zaidi, salah seorang Sifu yang aku follow.

Point yang beliau share, rupanya mmg aku praktis dalam kehidupan aku.

Mungkin korang boleh follow jika rasa sesuai dgn life masing2.


3 SEBAB UTAMA 95% TIDAK AKAN MENJADI KAYA
=========================

1. Mindset - Mempunyai minda / pemikiran orang miskin

》》 betul, aku cukup benci dgn kehidupan miskin.

Sebab aku dah lalui dari kecik. Jadi aku membesar dalam keadaan aku nak jadi orang kaya.

Aku sentiasa berfikir perkara2 yang high class, sentiasa aim nak bagi yang best2 utk ibu & ayah.

Kerana fikiran2 itulah, tindakan aku mungkin berbeza dari orang lain yang asyik banyak berikan alasan.


2. Sikap & Tabiat - Memiliki sikap & tabiat orang miskin

》》 antara tabiat & sikap orang miskin ; cukuplah dgn apa yang ada. Tak suka tgk kejayaan orang lain. Tak nak follow steps orang yang berjaya.

Sebabnya ada 3; malas, tak sanggup nak struggles & tak nak keluar dari comfort zone.


3. Tidak bertindak biarpun peluang di depan mata - Menunggu bulan jatuh ke riba dengan 1001 alasan.

》》 yess, yang ni pun aku agree. Too slow in action. Asyik tangguh je.

Dan penyebab utama juga, malas nak doa n malas nak bangun tahajjud.

Aku ingat lagi kata2 ini:

"Doa disaat tahajjud adalah umpama anak panah yang tepat mengenai sasaran."- Imam As-Syafie

Aku sgt pegang benda ni, dan mmg setiap kali aku bangun tahajjud, aku akan guna senjata doa giler2 utk merayu, menangis depan Allah. Aku nak banyak duit supaya aku boleh bayar hutang ibu ayah & bahagiakan mereka.

Doa ketika tahajjud sgt2 powerful, dan ramai tahu benda ni.

Tapi sedihnya .. ramai TAHU tetapi ramai yang TIDAK MAHU bertindak.

Kalau kita jauh dgn Allah, rasa2nya Allah nak gerakkan ke mata, tangan, badan kita untuk berubah & bertindak? Memang tak.

Jadi bila ada apa sahaja peluang depan mata, mmg kita akan nampak susah je. Banyak je alasan kita akan bagi .

Aku tahu, aku tak sempurna. Aku pun kadang2 banyak leka & lalai.

Dan aku hanya share ni sebagai motivation . And as reminder utk diri sendiri.

Banyak lagi sebenarnya perkara yang aku kena buat utk berbakti pada ibu & arwah ayah.

Aku sudah kehilangan seorang, dan aku tak nak buang masa utk berbakti pada ibu yang masih hidup.

Untuk jaga dan gembirakan isteri kesayangan ayah ni.

- - - - - - - - - - - - -

Ayah, ainul syg ayah sangat2. Terlalu sayang.

Terima kasih, ayah kerana asbab ayah lah, ainul lahir di dunia.



Belanja ibu ayah makan di hotel ketika selesai kelas Nutrisi Shaklee di Bayview Hotel, Melaka. 

Sakitnya menanggung rindu ini. 😔

Rindu yg tiada penghujung.....


AL-FATIHAH
ABDUL RAZAK BIN HAJI TALIB
13 DISEMBER 1956 - 07 JUN 2019
03 SYAWAL 1440H



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)



sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Sunday, 9 June 2019

Written on

Bahagiakan Ibu Ayah sementara masih ada peluang


Ya Allah .. Aku sangat rindu pada ayah.

Aku nak compile entry ini. Entry moment2 aku bawa ayah travel sepanjang hidup ayah.

Sejak kami kecil, ayah memang suka bawa kami jalan2 walaupun hanya dalam Malaysia (to be specific dalam Semenanjung Malaysia sahaja). Kami bukan orang senang, tapi ayah tak pernah kedekut untuk bawa anak jalan2 bila ayah ada rezeki lebih. 

Sebab itu agaknya, aku membesar menjadi seorang yang suka giler Travel! Dan aku buat Shaklee pun, sebab aku nak banyak duit utk aku ada kebebasan Travel around d world.

Kami 1 keluarga tak pernah naik flight. Dan disebabkan itu, aku memang simpan IMPIAN nak naik kapal terbang dan bawa ibu ayah naik sekali.

Alhamdulillah, bila aku tulis entry ni, aku dapat recall semula memory aku belanja ayah jalan2. 

Dulu ayah selalu bawa aku n adik2 jalan2, pusing 1 Malaysia.

Dan sekarang, aku happy sgt sebab aku ada peluang buat benda yang sama pada ayah ketika ayah masih hidup.

Apr 2007   : Aku belanja ayah naik Air Asia ke Sandakan

May 2014  : Aku belanja ayah naik MAS ke KK

Aug 2015   : Aku belanja ayah naik MAS ke KK

Jan 2017    : Aku belanja ayah Umrah (naik MAS juga)

Marc 2018 : Adik belanja ayah naik Air Asia ke Melbourne 

May 2018   : Aku belanja ayah 
ke Brunei naik Business Class MAS

Alhamdulillah, start 2014, ramai adik2 aku yang dah mula berkemampuan, ada yang belanja ayah baju, kasut, handphone, jam tangan, wallet etc.

Kewangan ibu ayah pun semakin bertambah baik. 

Sebenarnya tahun 2019, aku dah plan nak Travel dgn ayah lagi. 

June 2019 ni - aku dah plan nak pergi Sabah sekali lagi dgn ibu ayah

Dec 2019 ni - aku dah plan nak bawa ibu ayah ke London

Dan tahun 2020, aku nak bawa ibu ayah pergi Haji.

Tapi hajat aku tak kesampaian. Allah lebih sayangkan ayah. 😔😔

Maka, izinkan aku utk compile segala moment2 travel ibu bersama arwah ayah sepanjang ayah hidup. 


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


April 2007: Inilah kali pertama ibu ayah menaiki Flight. Waktu ini, kakak aku ada di Sabah. Jadi aku belanja flight tiket ibu ayah untuk lawat kakak di Sabah (KL - Sandakan). 

Time ni, aku baru bekerja. Belum buat bisness Shaklee lagi. Hidup pun masih tak stabil. Jadi aku hanya MAMPU belanja mereka flight tiket.

Walaupun hanya menaiki Air Asia, tetapi perasaan excited tu, tak boleh digambar! Aku minta adik ambik gambar ibu ayah dalam flight (aku tak pergi  sekali sebab kerja). Memang IMPIAN aku dari kecik , nak sangat ibu ayah merasa naik FLIGHT dan akhirnya, yess!! Ibu ayah fly pada tahun 2007! 

Ibu Ayah dah lalui hidup yang susah ketika membesarkan kami, jadi bila dapat bawa mereka naik flight, aku rasa excited giler! 


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



May 2014: Alhamdulillah, sekali lagi aku berpeluang belanja ayah naik FLIGHT. Tapi kali ini , bukan dengan Air Asia tetapi dgn Malaysia Airlines. Kami fly KL - KK. Waktu ini, aku dh full time buat bisness Shaklee. Dan aku tanggung 100% perbelanjaan ibu ayah. Dari flight tiket , hotel, makan , kereta sewa etc. 

Aku pergi dgn 3 orang anak, maid serta ibu ayah. Total 4 dewasa & 3 kanak2.

Terima kasih Allah kerana beri aku rezeki utk bahagiakan ibu ayah. Exicted ibu ayah dapat naik MAS!


Ketika menunggu di Gate KLIA utk boarding


Dah sampai KK, n sedang nak check in Palace Hotel. Ibu Ayah tunggu di lobby.


hehe. comel tak ayah? Kita ambik gambar dia, dia pula ambik gambar kita. Kamera ayah tu, adik aku yang belikan; Master Athirah.



Alhamdulillah, dah selesai check in Palace Hotel. 



Bilik di Palace Hotel. Sebenarnya waktu ini aku bawa ibu ayah ke Sabah sebab aku menghadiri event Shaklee. 


Event Shaklee yang aku hadiri. "Magic Session Jutawan KK". Dan aku sebagai one of Speaker Jemputan.



Menjadi Speaker Jemputan di "Magic Session Jutawan"


Lepas habis urusan Shaklee, aku bawa ibu ayah jalan2 ke "Rumah Terbalik" Sabah


Bergambar di bilik air @ Rumah Terbalik. Gambar ini sahaja yang ada. Aku pun tak tahu, mana lagi gambar2 lain. Ni pun jenuh aku gali album2 lama aku. Mujur ada juga sikit2 gambar.

Masa di KK, aku sewa kereta. Ayah yang bawa. Waktu ini suami tiada sebab bekerja (masa ni, Maryam x lahir lagi). Alang2 ada event Shaklee, aku bawa semua berjalan ke Sabah. Ibarat out station bekerja, tetapi out station yang boleh bawa family bersama. 

Memang bisness Shaklee adalah bisness terbaik yang aku pernah jumpa.  


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


August 2015: Sekali lagi aku berpeluang bawa ibu ayah ke Sabah . Dan sekali lagi menaiki Malaysia Airlines. Tapi masa ini, aku hanya bawa 2 orang anak; Fateh & Maryam. Sumayyah & Ammar tinggal. Cik mi yang jaga.


Sumayyah menangis sebab kena tinggal. Sorry yer kakak sebab ummi ada kerja.


Dan suami aku pun xde time ni. Ada di Dubai. Sibuk memanjang je dia tu. Tapi bagus juga suami tiada. Boleh aku spend masa dgn ibu ayah sepenuhnya, sambil2 setelkan urusan bisness.



Ready @ KLIA Gate utk boarding. Tak ada pula gambar dalam kapal terbang. Huhuhu


Kali ni, aku ke Sabah kerana memberikan Training SPA TWB. Waktu ini TWB baru launch and harga Training hanya RM 450 sahaja.

Lepas habis Training Spa, masa utk jalan2. Aku sewa kereta & ayah yang drive. Ayah always be my hero. 

Kami ke Kundasang. Pergi ke Desa Farm, Sabah Tea, Ikan yang gigit2 tu etc. Tapi aku cari2 gambar  di tempat ikan tu, tak jumpa pula. 

Read More

Share on Facebook



Written on

Pemergian Yang Diimpikan Kerinduan Yang Tiada Penghujung

Allah .. Allah .. Allah ...

Bangun dari tidur, aku rasa seperti baru terjaga dari mimpi.

Mimpi yang sedih, mimpi yang menakutkan, mimpi yang menjadi igauan ngeri.

Tetapi hakikatnya, ianya bukan mimpi.

Ayah telah tiada!

Pada saat aku terima panggilan telefon, mengatakan ayah sudah tiada nadi, aku terduduk, Dunia seakan gelap seketika.

Aku menggigil, aku tergamam, aku menjerit.

Ya Allah, benarkah berita ini??

Ayah pergi pada jam 4.20am, di pagi Jumaat, 3 Syawal 1440H, 07 June 2019. Di Waktu Tahajjud. Dan selepas melalui 30 Hari Madrasah Ramadhan.

Allahuakbar, pemergian yang diimpikan oleh setiap orang.

Tiada sebarang penyakit, hanya sesak dada, dan dalam masa beberapa minit, ayah rebah dan menghembuskan nafas terakhir.

Dan ayah pergi dalam keadaan berkain pelikat (pakaian solat ayah) dan muka yang tersenyum.



Ayah ketika mengerjakan Umrah Jan 2017. Alhamdulillah, aku tanggung 100% umrah ayah sebanyak RM 7K (maaf, tiada niat riak, hanya sebagai motivation buat anak didik bisness aku)

Ini gambar ayah pada 1 Syawal , 5 Jun 2019. Sudah nampak sebenarnya tanda2 ayah tidak lagi excited dgn duniawi. Gambar ini pun kerana anak2 yang suruh.



Alhamdulillah, Allah beri aku peluang untuk tunaikan IMPIAN ayah sedikit demi sedikit.

Ada aku tuliskan sedikit coretan di sini (Akhirnya Impian Membawa Mereka Tercapai)

Ayah, aku berjanji. Akan aku jaga permata hatimu, IBU sebaik mungkin. Aku tahu kau sangat2 menyayangi ibu. Kau sentiasa mahu ibu gembira.

Selagi hayat aku masih ada, aku akan berusaha bahagiakan ibu. Aku janji!

Ainul sangat rindu pada Ayah . Sungguh, sakitnya perasaan ini.
Sakitnya menanggung rindu ini. 😔
Rindu yg tiada penghujung.....

AL-FATIHAH
ABDUL RAZAK BIN HAJI TALIB
13 DISEMBER 1956 - 07 JUN 2019
03 SYAWAL 1440H



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)



sms/whatsapp: +6013-6971176


Read More

Share on Facebook



Tuesday, 23 April 2019

Written on

Banyak Ke Vitamins Shaklee Yang Perlu Makan?

Banyak ke vitamins Shaklee ni?

Ish xde lah. Ada 27 jenis je.

And bukan semua kena makan. It depends on the body's need.

Those 27 vitamins adalah:

1- Vitamin C SR
2- Vitamin E
3- Carotomax
4- Peppermint Ginger
5- Garlic
6- Ostematrix
7- Vitalea
8- Alfalfa
9- Lecithin
10- B Complex
11- Omega
12- Nutriferon
13- Vivix
14- DTX
15- GLA
16- Vitamin C chewable
17- Mealshakes
18- Performance Orange
19- ESP
20- Vitalea for kids
21- Phytocol
22- Herblax
23- Zinc
24- Collagen
25- CoQ-trol
26- Cinch shake
27- Cinch tea

Frankly speaking, out of 27 list ni, semua saya dah try. Hehehe.

Termasuklah utk kanak2 punye (curi anak punye 🤣)

- vit c chewable
- meal shakes
- Vitalea for kids

Tak takut ke effect buah pinggang?

Hurm, mungkin saya akan takut kalau consume brand lain.

But not for Shaklee. Sbb Shaklee ada Landmark Study!

Kajian Jangka Panjang yg sgt2 powerful!

Kajian yg tunjukkan, mereka yg consume Shaklee lebih 15 tahun mempunyai tahap kesihatan (darah, jantung etc) yg lebih sihat berbanding mereka yg tidak mengambil supplement atau yg ambik other supplement.

And this #LandmarkStudy was only done by Shaklee. No other supplement company lain yg berani utk buat kajian ini.

So can you imagine how amazing Shaklee supplement is??

"Change Brand Can Change Your Life"

Sekarang baru saya faham maksud frasa ini .... 😊


Antara Vitamins yg saya consume sejak register Shaklee tahun 2012. Dan saya masih consume ketiga2 ini pada tahun 2019




Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Tuesday, 26 February 2019

Written on

Budget ke Switzerland 7 Hari 6 Malam

To be continued ....
Read More

Share on Facebook



Monday, 28 January 2019

Written on

Seronoknya bila dapat off sekejap dari dunia online

Assalammualaikum semua.

Ok Just a short entry dari saya.

Actually bulan Jan 2019, saya terpaksa kurangkan aktiviti ber online ni.

Ada beberapa sebab. Antaranya:

PERTAMA:

Anak2 baru memulakan sessi persekolahan. Tahun ni, 4 orang anak kami bersekolah. 3 sekolah rendah & 1 tadika. Fuh!

Guys, bila anak2 dah masuk sekolah rendah ni, their routine totally different from kingdegarden !

Saya pernah tulis dalam entry sebelum ini bila anak sulong saya masuk darjah 1. Saya mcm culture shock!

Boleh baca di sini: "Beza Tadika vs Sekolah Rendah" (Entry ini ditulis pada tahun 2015).

Then lama2 saya dh boleh adapt dgn situasi alam sekolah rendah. Masuk anak yg kedua pun, saya masih ok lg. Sebab Sumayyah sgt laju dan cepat pick up.

Tapi tahun 2019 ni, 3 org beb, anak saya yg bersekolah rendah.

And my life getting busier & busier!

Tu belum ada yg exam lagi. Huhuhu.

KEDUA:

Anak ketiga saya, Fateh yg baru masuk darjah 1 perlu diberi lebih perhatian.

Fateh sedang buat his homework.  I have to monitor him for more than 1 hour! 


Unlike his abg n his kakak yg boleh independent, Fateh agak kurang di bahagian buku2 ni.

Dia sampai sekarang masih belum mahir membaca & menulis. Sylabus darjah 1 pula, omg! Mmg advance.

Ni subjek BM. Giler x giler baru masuk sekolah belajar mcm ni


Dengan Fateh yg masih tak pandai baca lagi, masih tak pandai tulis lagi.

Then nak kena belajar ttg diftong, vokal etc.

So can you imagine that? How he can cope with all these situations.

So saya lah yg kena put 100% FOCUS on him sbb ayah nya jauh.

Sistem pendidikan kita pula mensasarkan.. masuk darjah 1, semua budak dah mesti pandai 3M - Membaca, Menulis & Mengira.

Sedangkan di tadika, 3M ini bukan lah suatu yg perlu diberi penekanan.

Anak kami, Fateh adalah seorang yg bijak. Dia sgt pandai berfikir & kreatif.

Tetapi masalah dia adalah dia tidak suka menulis & membaca.

Dia ada masalah dlm melihat huruf & abjad. Saya sendiri mengajar dia membaca Al Furqan, MashaAllah, a lot of patience needed!

Lain anak, lain kebolehannya kan? So kami tidak boleh expect Fateh akan laju spt abg & kakak nya.

But it doesn't mean Fateh tidak bijak. Kami cuma perlu explore lebih banyak cara utk ajar dia, utk bagi dia minat kpd academic.

Maka sebab itu, saya sgt2 kurang ber online.

Setiap hari .. selepas jam 4pm, my fon has to be put far far away.

Masa saya utk focus 100% pada Fateh & juga pada homework & revision ammar & sumayyah.

Mlm pula, ada tuition class for Sumayyah for her bahasa cina.

Fuh, my life sgt2 struggle sbb suami saya jauh.

Saya kena jadi mcm lipas kudong to catch up all these things.

KETIGA

Ok sebab yg ketiga, kenapa saya kurangkan sedikit ber online ni ..

Saya dah hampir capai 100% TIME FREEDOM & FINANCIAL FREEDOM.

Bisness Shaklee yg saya "semai" dari tahun 2013 telah membawa saya utk punyai passive income yg besar.

Kalau ditakdirkan saya tak continue buat Shaklee sekalipun, saya still survive

Kalau bulan ni sales group saya drop sekali pun, saya still survive.

Sebab nya ..

Saya dh ada passive income dari segi savings & properties!

Saya boleh sahaja nikmati dividen dari savings yg saya dh buat. Lebih dari cukup utk tampung keperluan harian & bulanan saya.

Cuma selfish lah kalau saya senyap2 kan tanpa bantu anak didik saya.

My passion mmg mengajar & membantu orang.

Cuma utk bulan ini, sengaja saya kurang kan sessi ber coaching di alam maya sbb saya nak lihat ..  siapa yg masih FIGHT utk kejar Impian mereka.

Saya nak lihat siapa yg buat bisness kerana dia yang NAK .. bukan sbb mentor atau sesiapa.

So dlm masa saya nak sesuaikan aktiviti & jadual saya utk anak2 yg baru masuk sekolah ni, saya buat sekali "test" ini ..

Siapa yg KONSISTEN & siapa yg TIDAK.

Menarik kan?

Dari sini saya boleh tahu, siapa yg serius dan siapa yg tidak.

So yg tak serius tu, I'm not going to waste my time to focus on.

I'll let them go ...

Anyway .. bulan February nanti, saya akan buat tsunami seterusnya.

Bulan January adalah bulan utk TAKE A BREAK, REFRESH & REVIEW  .

Get ready semua .. yg mana konsisten bulan ini, kamu lah yg akan saya tolong giler2 bulan depan!

Ok nanti kita story mory lagi pasal Shaklee ni k?

Sehingga berjumpa lagi ....


Bye ~

Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)



sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.