Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, 18 August 2013

Written on

AWAS! Lipstick atau Lipbalm Expired!

Baru2 ini saya mengemas handbag2 saya; yerlah...org dah tak bekerja..lama lah dah tak pakai handbag. Jadi banyaklah habuk yang perlu dibersihkan.

Semasa mengemas, saya terjumpa dgn lipbalm favourite saya iaitu LipIce


Dulu2, masa bekerja..saya memang pakai LipIce ni. Untuk melembapkan bibir....

Bila dah tak bekerja, dah tak teringin nak pakai. Tapi bila kemas2 beg, dan terjumpa LipIce ni..perasaan nak pakai tu datang semula. haha...

So saya pun letaklah LipIce ni dalam beg yang selalu dibawa; ke shopping, ke Shaklee, jalan raya dll.

Ni handbag yang saya guna sekarang; hadiah dari hubby


Saya pun mula guna semula LipIce ni bila nak keluar gi mana2. Kadang dok kat rumah pun, saja2 pakai. hehe...

Nak dijadikan cerita..saya terperasan after seminggu guna, bibir atas saya mulai merekah. Jadi kering sangat2..




Saya pun terus stop guna LipIce tu...

Sadisnya, sampai sekarang bibir saya masih kering :(

Semalam keluarga saya datang ke rumah untuk jalan raya. Saya pun bercerita dgn adik saya Athirah ttg bibir saya.

"Hah, ni mesti kak ngah pakai lipstick/ lipbalm expired kan?"

Rupa2nya benda yang sama juga berlaku kat beliau suatu masa dahulu..beliau pakai lipstick expired juga, jenama Avon. haha...

Tapi keadaan bibir beliau lagi teruk...merekah sampai berdarah2. Mungkin sebab beliau pakai Lipstick, dan saya pakai Lipblam..kadar chemical Lipstick lebih banyak berbanding lipbalm kot.

Anyway, beliau pun tahu benda ni when she met her friend once upon a time, Ms Jenet.

"Tira oh, rusak bah bibir pakai expired Lipstick!" - Jenet ni orang Sabah.

Dapat tak moral dari kes kami berdua??

So guys, hati2 yer...jangan pakai kosmetik yang expired.

Buat masa ini, saya gunakan kan herbal blend Multipurpose cream Shaklee utk baiki semula keadaan bibir saya yang kering & merekah. Ok, kita tgk resultnya nanti camner....



Stay tune~



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176






Read More

Share on Facebook



Saturday, 17 August 2013

Written on

Ayuh...Hantarkan Qunut Nazilah Buat Mereka Di Sana!

Dalam keadaan saudara2 kita yang sedang sengsara di Mesir, ayuhlah sahabat2..hantarkan Qunut Nazilah buat mereka!

Qunut Nazilah sunat dibaca ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak penyakit, kemarau dan sebagainya.

Bagaimana melaksanakan Qunut Nazilah??

1) Baca Qunut Nazilah pada tiap-tiap sembahnyang fardhu

2) Qunut ini dibaca pada waktu iktidal selepas ruku' pada rakaat terakhir (macam kita baca doa qunut solat subuh)

e.g:

Subuh > selepas rukuk rakaat ke-2
Zuhur/ Asar/ Isya' > selepas rukuk rakaat ke-4
Maghrib > selepas rukuk rakaat ke-3

3) Baca qunut Nazilah selepas membaca Qunut yang biasa kita baca pada waktu subuh

Lafaz Qunut Nazilah:


Note: Jika solat berjemaah, disunatkan imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum.


Ayuh sahabat2! Walaupun kita mungkin tidak mampu menghantar bantuan yang hebat buat mereka, tetapi Allah telah mengajar kita untuk menggunakan SENJATA yang paling hebat iaitu DOA!

Secara logiknya, Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mampu untuk menghancurkan para thagut dengan sekelip mata; Kun Fa Ya Kun!

Tetapi mengapa Allah mengajar kita untuk BERDOA??

Kerana DIA ingin mendengar rintihan hamba2Nya...DIA ingin kita saling berkasih kasihan antara saudara seagama, DIA mahu kita menjadi seorang insan yang bersikap PEDULI...Kerana itu DIA mengajar kita untuk menggunakan SENJATA yang MAHA HEBAT iaitu DOA!

Andainya sahabat2 sukar untuk menghafaz Qunut NAzilah ini dalam solat, saya menyeru agar dibacakan doa Qunut Nazilah selepas anda selesai solat Fardhu, tidak kisah andai kita berbicara dalam bahasa Melayu!

Lafaz dalam bahasa Melayu:

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.

Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, pecah belahkan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2-Mu ke atas mereka

Wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...

Wahai Tuhan yang menurunkan Al Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera ahzab.

KALAHKAN MEREKA & MENANGKANLAH KAMI KE ATAS MEREKA!"

Tolonglah wahai sahabat!

Tolonglah wahai pembaca setia blog saya!

Aminkan doa ini...

Hantarkan senjata yang hebat ini buat saudara2 kita yang dahagakan pertolongan dari kita!



Tidak Ada Daya Melainkan Allah!

"Wahai Allah...letakkan akhirat di hatiku dan dunia di tanganku..."





#Pray for Egypt


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176




Read More

Share on Facebook



Friday, 16 August 2013

Written on

Sebelah Kaki Menjejaki 5 Angka!

Tak percaya?

Saya sendiri pun tak percaya! September 2012 > tarikh keramat saya mula berjinak2 dengan bisness Shaklee.

Awal2 nya, hanya sekadar berkongsi dengan rakan2 di ofis....tidak terasa langsung yang diri adalah penjual @ seller. haha!

But seriously..doing Shaklee bisness ni, kita tak terasa pun seperti seorang penjual, but more kepada seorang kaunselor yang memberi khidmat konsultansi kepada mereka yang datang memerlukan!

Mereka yang tercari2 sesuatu yang terbaik seperti:

☕ Set mengandung terbaik
☕ Set berpantang terbaik
☕ Set ibu menyusu
☕ Set kecantikan kulit...
☕ Set kesihatan diri
☕ Set kesuburan
☕ Set menguruskan badan

dan macam2 lagi!


Alhamdulillah...berkat menolong menambah baik nilai kehidupan orang, Allah ganjari dengan nikmat dunia yang sungguh tidak ternilai:

☕ Bonus Shaklee pada Julai 2013 hampir mencecah 5 angka! (hanya beberapa ratus saja lagi utk menjadi nilai 5 angka, yang saya tak pernah jangka akan dapat walaupun dah 5 tahun bekerja sebagai engineer!)

☕ Bonus kereta melebihi RM2K! (yang sebelum ini hanya mendapat beberapa ratus sahaja elaun kereta ketika bekerja sebagai enginner!)

Allahuakbar!

Akan ku infaqkan duit ini ke jalan Mu ya Allah...

"Wahai Allah...letakkan akhirat di hatiku dan dunia di tanganku..."


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?



Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Thursday, 15 August 2013

Written on

Bagaimana GBS boleh dikesan dengan lebih awal dan Apa pencegahannya??

Alhamdulillah...hari ini saya nak sambung kisah tentang GBS.

Seperti yang telah saya kongsikan sebelum ini, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka adalah pembawa GBS. (oh yer, saya juga salah seorang dari mereka yang dikesan pembawa GBS positif)

Sebabnya?? Bakteria Group B Strectococcus (GBS) ini antara bakteria yang lazimnya mendiami tubuh orang dewasa tidak kira lelaki atau wanita (kebiasaannya ia berada di dalam faraj atau dubur), dan kehadiran bakteria ini tidak memberi apa2 kesan2 buruk kepada si Pembawa. Sebab itu ramai yang tidak peduli tentang kehadiran bakteria ini (yerlah, bukan ada apa2 kesan buruk pun kat kita kan?)

TETAPI AWAS!!

Walaupun bakteria GBS ini tidak mendatangkan apa2 kesan buruk kepada si pembawa, tetapi ia mungkin akan memberi kesan buruk kepada bayi di dalam kandungan! (so kaum lelaki tidak perlu bimbang kerana anda tidak mungkin mengandung, tetapi bimbanglah akan keadaan isteri anda yang sedang atau merancang untuk hamil).

Jadi bagaimana saya (seorang wanita yg ingin hamil atau  yg sedang hamil) ingin mencegahnya??

Kalau anda google tentang GBS, rata2 yang berkongsi pengalaman sebagai pembawa GBS adalah mereka yang mempunyai masalah keputihan; tidak kiralah keputihan dari sebelum hamil lagi, atau keputihan yang datang ketika sedang hamil.

Boleh baca lebih lanjut penerangan tentang GBS di entry saya terdahulu (Awas!! Jangkitan Group B Streptococcus (GBS) Terhadap Ibu Mengandung).

Baiklah, bagaimana pula cara untuk mencegahnya??

Pandangan saya mudah....

CEGAHLAH KEPUTIHAN DARI SEKARANG!

Jangan ambil mudah yer masalah keputihan yang sedang anda alami (walaupun anda masih anak dara, masih belum berkahwin atau baru saja berkahwin).

Jadi, untuk wanita yang belum hamil (samada masih belum berkahwin atau sedang merancang untuk hamil).....

Pelihara kesihatan vagina anda:

1) Jangan menggunakan bahan pencuci yg berpewangi, sabun atau gel mandi ketika membasuh faraj
2) Jangan menggunakan jari atau menyembur air dengan terlalu banyak ketika membasuh faraj
3) Cubalah mengambil Alfalfa Complex Shaklee






Alhamdulillah, ramai yang memberi feedback keputihan hilang selepas mengambil Alfalfa, malah terasa diri seperti kembali anak dara selepas mengambil Alfalfa.

Saya juga turut merasai pengalaman yang sama selepas mengambil Alfalfa (selepas kelahiran anak yang ketiga). Boleh baca kisah pengalaman saya di sini:

Alfafa Complex Shaklee: dari wanita untuk wanita
Rugi Siapa Tidak Mencuba Alfalfa

Untuk mereka yang sedang hamil pula, anda boleh lah mencuba set Mengandung Shaklee. Saya menulis bukan kerana saya seorang distributor Shaklee, bukan kerana saya ingin menjual produk semata2, tetapi saya sendiri telah melalui pengalaman bagaimana perbezaan apabila saya mengambil vitamin doctor dengan mengambil set mengandung dari Shaklee.

Anda boleh baca kisah saya di sini Berbaloikah Membeli Shaklee Untuk Pregnancy? , dan nilailah sendiri....

Buatlah penilaian yang bijak...sayangilah anugerah Allah yang telah diberikan. Ingatlah...ada orang di luar sana yg struggle utk mendapatkan zuriat...maka bersyukurlah dengan nikmat kurniaan ini dan berilah yang terbaik utk si comel anda!


AWAS! Keputihan juga antara satu sebab kenapa vagina wanita tidak 'ketat', longgar dan sebagainya. Jadi cegah sebelum parah!





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Read More

Share on Facebook



Written on

Terusiknya hatiku saat....

Terusiknya hatiku saat menonton drama Dari Sujud Ke Sujud hari ini...




Entah menagapa, diri ini yang tidak gemar langsung menonton drama Indonesia, boleh 'terlekat' pada drama ini.

Babak hari ini yang sangat menyentuh hati..yang buat jiwa ini terusik bila mana Mas Azam mengetahui isterinya tidak mampu mengandung...dan dia berjanji akan setia terhadap isterinya biarpun mereka ditakdirkan tidak mempunyai anak.

Dan yang buat aku menangis lagi bila saat Husna, begitu cerewet & meminta macam2 dari suaminya. Dan si suami terus sabar, malah bangun bertahajjud memohon doa dr Allah minta diberi kesabaran (mereka berdua tidak mengetahui bahawa apa yg sedang dialalui itu adalah ragam orang yg sedang mengandung).

Aku menangis kerana aku teringat saat kali pertama aku disahkan mengandung....begitu gembira suami mendengar khabar berita ini.

Begitu juga bila aku mengandung kali yg kedua...sungguh baik layanan suami terhadap diri ini sehinggakan suami ku pernah berkata:

"entah kenapa, saya semakin sayang pada awak setiap kali awak mengandung...."

Ya Allah, kurniakan rasa nikmat ini buat sahabat2 ku yang masih belum menerima cahaya mata!

Apa yang pasti, jalan cerita Dari Sujud Ke Sujud ini sangat baik dan banyak pengajarannya!

Mari kita dengar lagu tema Dari Sujud Ke Sujud ini... (mata ini sudah mula berair!)



Moga ada manfaat untuk semua!




Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Read More

Share on Facebook



Wednesday, 14 August 2013

Written on

Qunut Nazilah buat saudara2 ku di Mesir

Mesir...bumi para anbia'

Doaku bersama mu wahai saudara2 ku....

Bertabahlah...sesungguhnya syurga pasti menemui mu wahai saudara2 ku yang syahid di sana....

Sesungguhnya aku mencemburui mu kerana engkau telah pasti syahid di jalan Allah, sedangkan aku??

 
 
Ayuh sahabat2..sama2 mendoakan saudara2 kita di sana!

Dan ayuh semua, bersama kita menjaga kesihatan diri agar kita menjadi muslim yang sihat, kuat & Berjaya....





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Saturday, 3 August 2013

Written on

Kenapa Collagen Shaklee Mahal??

Collagen Powder Shaklee diperbuat dari Sisik Ikan Merah sebagai BAHAN UTAMA.

Cer tgk harga Ikan merah di pasaran; berapa sekilogram??



Fuh RM42.90 sekilo! Hah, mahal kan? kan?

Selain Sisik Ikan merah sebagai bahan utama, ianya juga ditambah dengan 7 bahan aktif:

1) Ekstrak biji Camellia Jeponica
2) Ekstrak Pfaffia
3) Kolagen Ikan
4) Ekstrak kulit kerangan laut
5) Lactobasilus acidhopilus
6) Vitamin C
7) Vitamin B2 & B6


Hah, best tak??

Dah tu, apa best nyer Collagen Shaklee ni compared to Collagen brand lain??

Of course sebab ingredient nyer BERKUALITI. Dan yang paling buat saya yakin nak minum Collagen Shaklee, sebab Shaklee dah buat kajian klinikal (clinical study) tentang keberkesanan Shaklee Collagen Powder!


Anda sanggup berkompromoi dengan kesihatan diri semata2 dgn alasan...

"Alah, baik aku beli Kolagen brand xx, dah ler murah dari Shaklee punyer"

"Syarikat ni pun ada jual Collagen...lagi mcm2 dia jual, ada tilam, ada korset, ada mesin buang toksin etc"

Senyum :)

Terpulang.... buatlah pilihan yang bijak.

Antara doktor pakar dgn doktor biasa, yang mana ada lebih yakin??

Antara baju di Jusco dgn di Giant, yang mana lebih kualiti?? (oh yer, yg ini bukan saya nak hina yer...pengalaman saya sendiri, beli kasut Ben 10 utk anak di Giant, 2 kali beli sat jer rosak, putus, tercabut..tapi kasut Ben 10 di Jusco, sampai sekarang masih elok dipakai)

Hah, fikir2kanlah yer... saya malas nak ckp banyak.

Jangan jadi mcm ni sudah...




Pendek kata, pilihlah yang berkualiti untuk dimasukkan ke dalam badan anda....

BERKUALITI, SELAMAT, BERKESAN & HALAL!!

Your Choice!

Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Thursday, 1 August 2013

Written on

Hurm...Penting Sangat Ke Ambil Kolagen ni??

In shaa Allah, sebelum saya kongsikan banyak tips bagaimana anda mampu memiliki sekotak Shaklee Collagen Powder yang berharga RM2xx setiap bulan...saya nak anda tahu kenapa PENTING sangat mengambil Kolagen...

Anda tahu tak, 80% daripada tulang kita adalah kolagen?? 72% daripada organ kulit adalah Kolagen?? Kornea mata juga adalah Kolagen??

Dah tu, badan kita ni semunya Kolagen ker??

Secara mudahnya, bolehlah dikatakan begitu...Kolagen ni sebenarnya adalah sejenis protein yang menyokong tisu dalam badan manusia. Bila badan kehilangan Kolagen, maka dari situlah berlakunya proses PENUAAN.


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN:

Semakin umur meningkat, badan akan mengalami kekurangan kolagen; banyak protein yang ada dalam kulit mulai hilang.

>> Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.

>> Kesan pengurangannya akan mula dirasai 10 tahun kemudian (maksudnya 35 tahun baru kita start rasa tanda2 penuaan tu!)

>> Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada!

>> Jadi persoalan mengapa bila umur 40 tahun ke atas, kulit mulai kedut, kusam dsb?? Kenapa nenek2 kita semuanya kulit kedut, badan semakin lemah, tulang dah xsekuat masa zaman muda2 dulu?? Sebabnya semakin kita tua, kolagen dalam badan semakin berkurang.

** Remember, 80% tulang juga adalah kolagen, jadi bila kolagen berkurang, tulang juga semakin rapuh & tidak kuat
** Kornea mata juga adalah kolagen, sebab tu orang2 tua, mata mereka kendur & berkedut

ohoho...takutnya!

Sebab tu, kita boleh tengok, ada orang yang sanggup buat apa sahaja demi untuk mengembalikan keremajaan kulit. Terutama para artis..

Sekarang, anda faham kenapa saya suka ambil Collagen Shaklee walaupun umur saya baru 30 tahun??

Honestly...saya memang nak jaga diri saya, untuk SUAMI saya. Of course, siapa yang xnak cantik di mata suami kan? Islam sendiri tidak menghalang untuk kita menjaga kesihatan & kecantikan diri DENGAN SYARAT, pastikan kita hanya mempertontonkan kecantikan itu di hadapan yang berhak i.e. suami sendiri. Bukan untuk mendapat perhatian dari mana2 lelaki lain.

Dan tujuan saya juga adalah untuk menjaga kesihatan dalaman diri agar badan ini MASIH MAMPU menyumbang kepada Islam walaupun umur semakin meningkat. Nak menghadiri program2 Jemaah juga memerlukan badan & stamina yang kuat kan???

AWAS!!

Kolagen juga banyak didapati dalam bayi. Ada Kolagen yang dihasilkan dari bahagian badan bayi/ janin yang digugurkan. Jadi pastikan Kolagen yang anda ambil bukan dari mayat bayi yer!

Apa bestnyer Collagen Shaklee??

Hah, kita sambung ke entry berikutnya yer.

So stay tune ~



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya:


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176






Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.