Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, 27 December 2013

Written on

New Zealand In Planning!!

Ok, tak sabar nyer nak ke New Zealand!!!

Sebelum terlupa, lebih baik saya letak check list aktiviti apa nak buat di sana nanti....

Pergi nya bila?? In shaa Allah, bila tiba masanya, saya akan beritahu.

Anyway, sebelum saya merancang utk ke sesuatu tempat, perkara pertama yang saya akan lihat ialah MAP atau PETA kawasan/ negara tersebut.

Sebabnya simple... ia memudahkan saya utk faham nama2 tempat yang akan saya lihat/baca/survey dr Mr. Google (dr blog2 mereka yang dah pergi, dr website tourist agent dsb).

Ok, jom tgk dulu negara New Zealand:






Hah, bila dh tgk Google Map, baru saya nampak jelas gambaran negara New Zealand camner. So bila baca blog2 orang yang dah pernah pergi ke New Zealand, saya dapat rough idea what they were storying of. Contoh derang sebut pergi Auckland lah, Christchurch lah, South Island lah, North Island lah... hah, bila dh tgk map, baru lah saya faham. Tak gitewww??

List-to-do:

1) Campervan/ Motorhome

2) Sky Tower

3) Mount Cook Ski Planes

4) Skyline

5) Lakes & Fishing

6) Ladang Kiwi

** ok, saya tulis ni sebab takut lupa. So lepas ni saya akan google lebih lagi.

So guys, jgn takut utk bermimpi...

Saya seorang yang sgt tinggi impiannya.... sejak kecil lagi, saya dah tanam dalam minda saya, saya nak TOUR around d world.

Alhamdulilllah, setakat ni, antara negara yang saya dah lawati adalah:

1) UK - London/ Sheffiled/ Manchester (2007)
2) Italy - Rome/ Pisa/ Firenze (2007)
3) France - Paris (2007)
4) Singapore (2008)
5) Korea (2008)
6) Australia - Melbourne (2010)
7) Netherlands - Amsterdam/ Rotterdam/ Hengelo/ Enschede (2012)
8) Turki - Istanbul (2012)
9) Thailand - Phuket (2013)
10) Brunei (2013)

Trip saya ni, ada yang atas urusan kerja (Korea + Singapore) dan yang lain, memang datang atas sebab bercuti.

Dan yang bestnya, trip tahun 2013 adalah trip di kala saya sudah pun bergelar suri rumah tangga sepenuh masa.

Beza sgt rasanya bila kita bercuti sewaktu masih bekerja makan gaji dgn bercuti ketika tidak terikat dgn mana2 syarikat. Fuh, syukur alhamdulillah kerana Allah temukan saya dgn Shaklee.

**6 bulan serius dalam Shaklee, saya dah boleh tender my resignation letter :)

In shaa Allah, tahun 2014, ada 3 TRIP terbesar dalam hidup saya:

1) Ziarah rumah Allah - Makkah (in shaa Allah samada menunaikan fardhu haji atau umrah)
2) New Zealand - ni percutian sekeluarga bersama anak2
3) United States of America - ni percutian saya dan hubby di bawah tajaan Shaklee

Why New Zealand? Sebab saya sangat admire dgn pemandangan negara tersebut! So beautiful!!

Andainya Allah izinkan saya menjejakkan kaki ke rumah Nya dgn melaksanakan rukun Islam kelima, duit saya yang diperoleh selepas menunaikan haji, akan saya gunakan utk mengembara melihat ciptaan Allah pula.

Sebab saya sangat suka berjalan mengeliingi dunia!

Next TRIP saya mungkin Spain, Germany, Switzerland ... would it be in 2015?

Wallahua'lam.....


Terima kasih Allah....


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Read More

Share on Facebook



Thursday, 26 December 2013

Written on

Hengelo... Di Mana Aku Menjadi Suri Rumah Buat Pertama Kali!!

Wah, tajuk kontroversi lagi...!!

Eh, betul tau kisah ni. Kisah pengembaraan saya ke bumi Netherlands, melawat suami di sana, sambil tu berpeluang menjadi suri rumaah tangga sepenuh masa (walaupun cuma beberapa hari). hehe...

Nak tahu kisahnya?? Jom kita mengembara ke Amsterdam!!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kisahnya bermula di sini....

Pada tanggal April 2012, saya berpeluang melawat hubby yang ketika itu berada di Amsterdam atas urusan projek beliau di syarikat Oil & Gas.

Hubby pergi lebih awal lagi, rasanya dalam bulan Mac mcm tu. Saya pergi selepas hubby dah settle down di sana... rumah, kerja dll.

Saya pergi ke Amsterdam dengan Tiket FREE tau. Hubby redeem Enrich point beliau. So saya bayar airport tax je which was about RM1k ++ mcm tu. (kalau tak, tiket mau dekat RM3K++ through Malaysia Airlines).

Saya pergi seorang je, anak2 tinggal di rumah ibu di Melaka with my maid. Masa pergi ni, saya tgh preggy my 3rd baby tau, 7 months ++ mcm tu.

Fuh, mencabar sungguh berada selama 13 jam dalam flight! Dengan keadaan perut yang besar, dgn keadaan kaki yang tak boleh duduk lama, so sepjg dlm flight, saya tidur beberapa jam jer. Selebihnya saya jln2 dalam kapal terbang, pergi berbual dgn steward (masa ni stewardess xbnyk dalam flight, ramai steward je), berbual dgn orang Indonesia yang pun nak pergi melancong ke Amsterdam dan lain2 oraang yg saya jumpa, semua saya sapa.

Akhirnya saya sampai juga di Amsterdam...



Schipol Airport.. waktu ni temp 1 degC ok!


Saya sampai di Amsterdam Schipol airport waktu pagi, kemudian malam tu bertolak ke Istanbul, Turki. Balik dari Turki, saya stay di rumah hubby di Hengelo....

Jujurnya, selama lebih kurang 10 hari saya menjadi suri rumah di Hengelo, saya rasa happy sangat. Bukan happy sebab anak2 xada, tetapi happy sebab culture di sana, cara hidup di sana.

Hubby saya pulang dr ofis sekitar jam 4.30pm setiap hari ok? Beliau and his colleagues tidak dibenarkan berada di ofis lebih dr jam 4.30pm, kalau tak, kena halau dgn pak Guard. Tak kisahlah kerja siap tak siap, semua orang tidak dibenarkan berada di Ofis lebih dr waktu yang sepatutnya.

Setiap hari, saya dapat breakfast bersama2 dgn hubby. Setiap petang, saya sambut kepulangan hubby di rumah ketika masih nampak cahaya matahari.

Tetapi di Malaysia??? Hubby saya keluar awal pagi, dan balik lewat malam. Sedih sgt2... masa utk bersama anak2 pun hanya on weekends, sbb weekdays, mereka masih tidur ketika hubby keluar pergi kerja, dan sudah pun tidur ketika hubby pulang dari kerja :(

Haih, bilalah Malaysia akan jadi seperti negara2 Eropah sprt UK dan lain2? Saya sangat kagum dgn budaya mereka, walaupun tak semuanya bagus. Tapi sekurang2nya mereka ada value utk family, utk diri sendiri. Shopping2 complex pun tutup awal yer, sekitar jam 6-7pm mcm tu.

Oklah, malas nak cerita lebih2. Jom kita layan gambar pulak. Zasss!



Pemandangan dari luar rumah hubby. Rumah kami di hujung sekali tu...


Keadaan dalam rumah hubby...

Di sinilah aku menghabiskan masa sepajg hubby keluar bekerja, (tgk TV, kemas sikit2, masak dll)
 

Sugar, Coffe & Tea. hehe....


Inilah dapur tempat aku memasak. Rasa best sgt dpt masak utk hubby, dpt breakfast setiap hari dgn hubby , dapat buatkan bekal utk hubby....


Masani saya pakai baju sejuk hubby, besau gilerrr baju tu...

Waktu ni, hubby dah belikan baju sejuk utk saya. Best2X!

I love this Mr Arrogant!
 

Shopping barang anak2...

Sejuk grrrrr....

Ni kereta hubby n d gang.....

Nampak tak, d frozen mirror!

Org2 Amsterdam sgt suka naik basikal. Parking tempat basikal pun canggih!

Waktu ni nak balik dah, tgh tunggu train utk ke Schipol airport.

Muka ibu yang sedang preggy 7 months +++

Oklah, sampai di sini dahulu coretan kisah ku menjadi "suri rumah sementara" di negara orang.

Alhamdulillah, sekarang ianya sudah menajdi realiti! Saya sudahpun bergelar Working-At-Home-Mama; bekerja dgn Shaklee secara full time di rumah!

Terima kasih Allah....


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Wednesday, 25 December 2013

Written on

Dia Idamanku....

Semalam kan saya ada tulis satu entry ttg The Power of Visualisation. Ingat tak? Ingat tak?

Ada pulak yg tanya saya....

"Kenapa bonus dah puluh2 ribu tp kereta nak beli cuma Toyota Harrier? Padahal u dah boleh beli kereta yang much2 gempak than that"

Tak kurang juga yg berkata:

"Aritu kata TAK NAK beli kereta mewah, kereta besar. Duit kata nak tolong orang bla bla bla..."

Haih, bila orang dah bertanya, terpaksalah jawab....

Begini ceritanya... (cewah, mcm suspen pulak).

Saya mmg sayang kereta pertama saya. Syg sangat2. Uish, Kereta apa tu.....???

Tada, ni dia kereta pertama saya!


Honda City 1.5 Vtec

Susah tau saya nak dapat kereta ni....Saya bukan orang senang, dan saya tak banyak duit pun masa nak beli kereta ni tahun 2007. Tp syukur sgt2 Allah permudahkan. Nantilah saya buka entry lain utk cerita ttg kereta pertama saya ni ek? Kang panjang pulak story telling di sini. hehe :P

Memang sejak dari beli kereta Honda ni, azam saya nak pakai kereta ni seumur hidup saya. Saya tak adalah minat sangat dgn Honda City cuma saya nampak ia adalah kereta yang agak selesa, besar dan high quality tetapi tidak terlalu mahal utk dimiliki (affordable).

Dengan keadaan ekonomi saya dan suami waktu itu, maka kami memang tidak berkeiginan utk membeli kereta idaman kami, kami tahu di mana letaknya KEPERLUAN vs KEMAHUAN. Of coz saya dan suami ada kereta idaman masing2, tetapi kami tidak meletakkan itu sebagai priority utk kami capai dalam hidup.

Tup2.. selepas setahun lebih buat Shaklee, income kami sekeluarga bertambah dari RM15K total for both (masa saya masih kerja engineer lagi), dan sekarang meningkat up to RM45K total income kami suami isteri.

Dan secara kebetulan... adik perempuan saya yang baru abis Diploma sangat2 memerlukan kereta. Tetapi dia tak mampu lagi sebab tak ada extra income.

(Adik saya ni menjadi driver ibu saya ke mana2 ibu nak pergi. Dan dia juga banyak membantu urusan keluarga kami di kala abang dan kakak sudah tidak tinggal di rumah ibu lagi, di kala masing2 sudah duduk jauh dari ibu. Oh ibu, how I miss d moment with u!)

Jadinya, saya offer dia kereta Honda City  saya...

Cuma, saya bagi dia tempoh satu tahun utk dia betul2 buat shaklee, then bila bonus dia dah stabil, barulah saya akan jual kereta Honda kami to her with affordable price. Ups, ni bukan adik saya Athirah yang income dah RM5K tu yer. Ni adik yg lain (saya ni kan ramai adik beradik. hikhikhik).

Dan saya???

Semestinya saya akan mendapatkan kereta idaman saya sejak dari dulu lagi. Walaupun kereta tu tak derlah mahal sangat, cuma RM150K je (gulp, mahal lah jugak), tapi saya tetap jatuh chenta padanya.

Dia adalah idamanku....

Toyot Harrier yang best!!




Ada sebab mengapa ia menjadi kereta idaman saya...nanti saya cerita ek?

In shaa Allah saya sambung cerita tu kemudian....

Stay tune ~

"Wahai Allah, letakkanlah Akhirat di hatiku dan Dunia di tanganku, agar aku bisa mendaulatkan Islam dgn kemampuan yang ku ada...."


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Written on

The Power of Visualization....

Anda ada Vision Board? Tahukah anda bahawa Vision Board adalah tools yang sungguh powerful??

Inilah yang dinamakan The Power of Visualization....

Anda kena memasang impian, anda perlu ada cita2 dalam hidup anda untuk membawa diri anda ke arah yang lebih baik.....

Dan untuk membawa impian anda menjadi realiti..anda perlu terjemahkan IMPIAN tersebut!

Bagaimana??

Melalui Vision Board!!

Percaya tak, sejak saya terjemahkan IMPIAN saya di atas sehelai kertas, hampir 90% impian saya menjadi kenyataan!! Syukur Alhamdulillah....

Oklah, asyik cakap pasal saya jer... nanti u all tak percaya pulak. Meh saya bagi contoh terdekat, my sister.

Adik saya ni berumur 25 tahun.Masa bulan Ogos 2013 lepas, saya balik ke kampung dan tanya beliau, apa impian yg beliau nak capai??

Ok, bila tanya... fuh mcm2 beliau nak. Tapi semua dok dalam kepala. Kemudian saya lukis impian beliau di Power Point seperti gambar di bawah:


Ok, saya buat tarikh sekali yer... ni bukan angan2 kosong, ni ada benda yg perlu dicapai...

Tahukah anda??

Ogos 2013, bonus Shaklee adik saya baru RM1500. Dan beliau tak banyak savings, masih dalam fasa mencari kerja sambil2 buat Shaklee, dan dgn sedikit bonus Shaklee tersebut, beliau mampu menghulurkan RM50- 100 kpd ibu. Dan oh yer, beliau pun tgh mengumpul duit utk majlis perkahwinan beliau pada 1/2/2014 tahun hadapan.

Masa saya buat Vision board ni dgn beliau, tahu apa respons beliau??

"Ish, tak boleh ni kak ngah. Lambat lagi ni nak capai... Ish2, tak boleh 2X" dan mcm2 lagi lah alasan beliau bila saya tulis tarikh2 seperti dalam gambar.

"Buat ajer Tira.. ni jadi satu push factor utk kau. Ia akan jadi doa utk kau. Percayalah!" saya tetap berkeras nak letakkan tarikh2 seperti di atas.

Alhamdulillah... tahukah anda apa hasilnya???

Nov 2013:

1) Bonus Shaklee beliau mencecah RM5K!
2) Beliau dapat hulurkan ibu RM500!
3) Beliau layak dapat bonus kereta dari Shaklee!
4) Tunang beliau telah book tiket flight ke China pada Feb 2014 utk honeymoon mereka...

See?? Nampak tak?? Hampir 90% impian beliau menajdi kenyataan!!

Dan sekarang anda nampak kenapa anda perlu ada Vision Board??



Oklah, rasanya tu jer nak share arini....

Jadi semua... jgn takkut utk bermimpi. Zahirkan impian anda, biar anda nampak impian tersebut. Biar minda bawah sedar anda bekerja untuk menuju ke arah impian tersebut. Biar ia jadi DOA utk anda! Biar ia tukarkan kepada TINDAKAN!

Jika anda mahu mencapai Impain anda melalui Shaklee, anda dialu2kan masuk ke dalam Group saya.

Ahlan wasahlan.....


Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Read More

Share on Facebook



Monday, 9 December 2013

Written on

Al Kisah Saya Bertemu Dengan Mr Arrogant....

Ingat lagi tak kisah perancangan saya untuk bertemu dengan Mr Arrogant saya? Saper2 tak tahu, boleh baca di sini: (Love You Mr Arrogant)

Hihi.. sebenarnya nak cerita kisah kelakar ni. Kisah sebelum saya bertemu dengan Mr Arrogant saya :P

Ok, kisahnya bermula masa nak book tiket flight. Saya memang purposely book Malaysia Airlines untuk keselesaan. Sebab saya kan bawa baby.. so kenalah Expect the Unexpected.

Masa nak book tiket, ada few options. Saya Nampak ada flight pukul 10am, ada pukul 4pm, dan ada juga flight yg transit (tak terus ke Bintulu, tp transit di Kuching, pastu dr Kuching baru fly to Bintulu).

Ok, saya cakap dalam hati, "ainul, ko jgn salah book tiket... naya je nanti" Dan dgn hati yang tenang, saya pun belilah tiket secara online. Saya book tarikh Departure 20 Nov, pukul 4pm, dan tarikh Return 21 Nov, 7.05pm. Dan lepas tu.. saya dah tak tengok2 lagi tiket saya tu.

Sehari sebelum fly, suami ada sms (masa ni dia merajuk lagi, so dia xde call2. hanya sms je). His sms berbunyi "Don't miss the flight. I'm waiting here..."

Ok sms ni menunjukkan dia mmg nak sangat saya datang.

Btw, saya ni memang jenis yang sangat cuak bab2 naik flight ni. Saya akan pastikan tarikh tiket betul, seat no berapa, flight pukul berapa dsb.

Tetapi, entah mcmmana, sgt2 pelik...utk flight ke Bintulu kali ni, saya langsung tak ambil kisah. Saya tak buka email yahoo saya utk double checking flight yang saya book. Mlm sebelum nak pergi, saya tak check in flight saya! Bayangkan??? Walhal dalam hati ni dok berbisik "Ainul, check in mlm ni ainul. senang nanti..."

Tapi ada suara lain yang bisik kat saya "Alah, Bintulu je pun. Esok sempat lagi nak check in.."

Keesokan harinya, pagi2 lagi saya dah keluar beli barang. Yelah, nak tinggalkan anak2 dgn bibik. Kena pastikan semua cukup. Adik saya dari Melaka pun sampai pagi tu. Memang saya suruh dia datang, sebab nanti dia yg akan drive saya ke KLIA. Dan ambil saya semula esok malamnya.

Walaupun pergi hanya sehari semalam, tapi kena prepare juga nak tinggalkan anak2 saya; Ammar & Sumayyah. Dan... saya masih tak check tiket saya lagi sampailah pukul 11am.

Ok, lepas semua urusan selesai, saya pun bukalah laptop. Buka email saya dan print tiket saya. Saya pun mulalah utk check in flight secara online.

Masa check in, saya masukkan flight number.. tp status yang keluar "No Flight found"

Ok, saya masih tak rasa apa2.. saya gi layan Facebook dulu, check whatsapp dan lain2, sambil cuba sekali lagi utk check in.

Tiba2 saya terpandang flight tiket yang saya print...

What??????????

Flight saya sebenarnya adalah pada jam 10.40am!!!!! Oh my God! Saya dah terlepas flight rupanya!!!! Saya pun tak tahu macammana saya boleh book tiket pukul 10.40am, padahal masa nak book tu, saya dah dok tgk pukul 4pm...

Hah, hambik kau.... tak prepare awal2 lagi!!! Ambil mudah lagi!!! Rasakan ainul....

Waktu ni, saya terus buka website MAS & Air Asia. Terus cari flight utk hari tersebut. Buka website MAS, flight habis!! Bila buka website Air Asia, flight ke Bintulu ada.. pukul 4pm.

Fuh, saya lega...saya pun terus click utk beli. Tapi click2 tak dapat. Rupa2nya ada notification di bawah web tu: "Your flight is due for 4 hours. Please come to Air Asia counter to purchase the ticket"

Damn!! Jam menunjukkan 12.30tgh hari.. mana sempat nak datang ke Air Asia counter (saya pun tak tahu kat mana counter tu), n kalau saya sempat dtg sekalipun, there was no guarantee yg saya dpt beli tiket tersebut.

Waktu ni...saya dah rasa penat nak fikir.. n I almost give up! Apa yg ada di fikiran saya adalah.. ah, burn jelah tiket flight tu. Nanti cakap kat suami, tak jadi datang.

Tapi tiba2 saya teringatkan sms suami. Adush, tak sampai hati rasanya mengecewakan harapan beliau..

Lalu, saya terus call MAS. Alhamdulillah, sekali call, terus dapat (selalu, punyerlah panjang q nak tunggu)

Bila call, saya pun bgtau masalah saya bla bla bla. Alhamdulillah, customer service tu sgt baik. She said "Ok puan, saya akan tukarkan flight puan ke pukul 4pm hari ini, tapi puan kena datang ke MAS counter di KLIA tepat jam 2pm utk buat pembayaran sebanyak RM100 utk ticket difference. Tak boleh buat pembayaran secara online, mesti pergi ke kaunter juga."

Ok, saya setuju. Saya tgk jam.. What?? dah pukul 1.15pm!! Terus saya bgtau adik saya.."Mira, get ready. Kita akan ke airport skang." dan saya ckp pada my maid "Ayu, readykan Fateh sekarang. Saya mahu bergerak waktu ini!"

Saya dah tak fikir apa..saya campak semua baju dalam beg (punyerlah tak ready awal, brg2 pun saya xpacking lagi).

Kami keluar rumah tepat jam 1.25pm. Apa lagi, saya pun memulakan perjalanan dgn Doa & Istgihfar. Masuk jer highway, saya terus pecut 140-160 km/jam. Laju tak?? Memang laju pun...dan sepanjang saya drive, saya istighfar banyak2. Saya pesan kat adik saya, Amira...pegang Fateh betul2 sebab saya nak speeding up!

Dan Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan saya. Kereta tak banyak, dan saya sampai di Airport tepat jam 2.05pm. Fuh lega.. Syukur padamu Ya Allah.

Saya minta adik saya jaga kereta sekejap, sementara saya buat pembayaran di MAS kaunter. Gitu gini, urusan selesai jam 2.40pm. Lepas tu, saya terus ambil Fateh, dan adik saya drive Honda pulang ke rumah saya.

Alhamdulillah... Berjaya juga saya tukar tiket. Waktu ni, rasa sayang sangat kat MAS kerana bertoleransi dgn pelanggan. Syabas MAS!!

Ok, selesai check in, saya pun ke surau utk solat jamak Zohor + Asar. (Flight saya pukul 4pm, jadi mmg tak sempat nak solat Asar di airport. Kalau sampai Bintulu pun, dah masuk waktu Maghrib.

Mujur juga perkhidmatan MAS superb! Memberi keutamaan kepada mereka yang ada baby. First, mereka bagi saya seat di tepi tingkap without request! Memang bagus.. sbb baby saya tak boleh duduk diam. Jadi bila ada window, dia akan diam sekejap masa flight nak boarding. Second, saya tak perlu nak q utk check in, terus ke Special counter. 3rd, saya tak perlu beratur panjang utk masuk flight. Memang saya org yg terawal sekali masuk perut kapal terbang sebab ada baby. hihi...

Ok, kisah cuak saya masih belum berakhir. Sepanjang dalam flight, nak dijadikan cerita, baby saya tak nak tidur. Jadi anda bayangkan bagaimana saya mengontrol diri saya selama lebih kurang 2 jam setengah perjalanan?? Bab yang paling sukar adalah waktu ketika nak makan, dan juga nak halang baby saya dari kacau orang sebelah tgh makan. Fuh, sgt2 mencabar ok.. sampai dalam hati, saya ckp "Lepas ni, kalau nak pergi jumpa abg sekejap, baby kena tinggal. Tak sanggup ummi nak kawal baby ummi yang aktif ni without assistance" hahaha....cant't you imagine that??

Ok, masa Pilot umumkan dah nak sampai..saya pun rasa lega sangat. TETAPI... ada sesuatu yang buat saya cuak semula bila dengar announcement dr si Pilot:

"Puan2 dan tuan2, sebentar lagi kita akan mendarat di lapangan terbang Kuching. Suhu di Kuching adalah bla bla bla..."

What?? Kuching?? Oh no!!! Dalam hati, saya menjerit "Ya Allah, org MAS ni pi book tiket transit di Kuching ke? Adush, skang dah pukul 7pm, pukul berapa aku nak sampai Bintulu ni?? Entah2 tiket habis, yang ada pun, tiket ke Bintulu yang ada transit di Kuching. Adush!!! Naper aku tak check awal2 tadi???"

Hati ini terus menjerit kerisauan. Rasa nak nangis pun ada. Penatnya badan, hanya Allah yang tahu.

Dan kemudian, ada announcement sekali lagi "Puan2 & tuan2, maaf. Bukan lapangan terbang Kuching, tetapi Lapangan terbang Bintulu. Maaf atas kesilapan sebentar tadi"

Allahukabar.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...

One word yang saya boleh describe is LEGA..... Syukur Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah....

Ok, rasanya dah panjang saya pot pet pot pet. Jom kita layan gambar pulak... penat dah bercerita ni. hihi...


Fateh tgh excited tgk kapal terbang...

Hah, inilah dia baby Fateh yang sangat aktif. Tak menang tangan ummi dibuatnya!

Hadiah kemaafan dari saya utk suami

Mr Arrogant junior... org kata, Fateh ni sebiji muka suami saya. Betul ker??

sayang anak ummi....


Ok, masa sampai je di lapangan terbang Bintulu, suami terus bawa kami pi dinner di tempat yang kami candle night dinner waktu dahulu (entry nya di sini: Aku, Collagen & Candle Night Dinner )

Baby Fateh punyer excited dapat jumpa babah nya... Boleh tgk betapa happy nya anak ummi ni dpt jumpa with his babah. Ummi pun happy jugak sebab babah dah tak marah :P

Ok, ni saja gambar yang dapat di capture.




Maka berakhirlah kisah saya bertemu dgn Mr Arrogant saya. Kisah 2 hari 1 malam yang penuh dgn cabaran & dugaan terutama ketika dalam flight. Sebab baby Fateh sgt2 aktif waktu dlm flight. Sampaikan masa nak turun flight, org di depan kami cakap (sambil main2 dgn Fateh) "Amboi..aktif betul dia yer. Kesian kat mama tak boleh tidur, layan dia jer..." haha, see?? Org depan pun dgr how creative I am dlm melayan baby comelku sorang ni..

Ok, sekian dahulu cerita saya kali ni. And, now focus pada Shaklee pulak...

Gambate ainul!



Ingin mencari supplemen yang sesuai untuk diri anda? Atau ingin menjana pendapatan 4-5-6 angka hanya duduk di rumah?





Hubungi saya untuk khidmat konsultansi secara percuma! Juga untuk mendapatkan jadual makan vitamin yang terbaik untuk anda...


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176


Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.