Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday 19 December 2014

Written on

Benarkah Makan Shaklee Terus Wow??

Sedikit update dari Dubai...

Ok, saya sekadar ingin berkongsi pandangan peribadi saya. 

Saya tertarik dgn tulisan Dr Malinda:

"Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalau ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas, baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalau tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 

Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 

Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.

......bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan.


Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah"

Tulisan Dr Malinda benar2 membuka minda saya tentang supplemen.

Supplemen adalah bertujuan untuk PREVENTION (menghalang)
Ubat adalah bertujuan utuk CURE (merawat)

Walau bagaimanapun... andai badan kita sudah mempunyai penyakit, bukan bermakna kita tidak boleh mengambil supplemen.

Remember; Body Healing Mechanism?? Beri badan kita cukup nutrisi, "dia" tahu repair sendiri.

Sejak saya mengamalkan Shaklee, saya tidaklah terus bertukar jadi "wow"...

Tetapi apa yg saya nampak, sedikit demi sedikit diri saya merasai kesan yang positif.
  • Dahulu selalu rasa letih dan lesu, kini saya semakin bertenaga
  • Dahulu, rasa mcm dh org tua, sekarang rasa mcm anak dara :P (utk suami lah yer)
  • Dahulu rasa badan cepat sgt naik, sekarang rasa metabolisma badan semakin improved
  • Dahulu, rasa cepat sgt kulit dapat sun burn, sekarang makin lama skin texture main improved sampai hubby suka tgk :P

....teringat masa ambil hubby dr offshore, hubby tiba2 tegur..eh awak makan collagen ek? kulit makin putih ni. Saya senyum je dgr. hihi...

Cumanya...saya ingin pesan pada semua, jgn rasa bila dh ambil supplemen, anda sudah tidak perlu jaga diet anda, jaga aktiviti fizikal anda yer.

Makan still kena jaga, bersenam still tak boleh ditinggalkan.

Kalau nak maintain mcm anak dara, kena make sure:
  1. badan tidak gemuk - kalau gemuk, muka lawa camner pun tetap nampak a bit tua
  2. makan kena jaga - jgn main belasah makan benda berminyak, fast food, makanan yg bnyak msg dsb
  3. supplemen kena disiplin - jgn sekejap makan, sekejap tinggal. 
  4. minum banyak air
  5. jangan lupa amalkan cara hidup sihat - bersenam, cycling etc
  6. amalan rohani kena jaga

Gambar saya pada tahun 2013 vs 2014. Masa 2013, mmg dh consume Shaklee, tapi saya mmg x jaga diet saya. Sbb masih breastfeed si comel Fateh. Hanya selepas stop breastfeed, baru saya mula menjaga Food intake saya. Nampak x, antara gemuk dan kurus.. Mmg berbeza kan?? Walaubagaimanapun,  skin texture dan dalaman saya tetap rasa improved compared sebelum saya mengamalkan Shaklee... As I said, berbeza tau kalau badan cukup nutrisi dgn tidak...


Hah, tu je yg saya nak kongsikan..

In shaa Allah, saya mmg aim nak kuruskan badan after bersalin nanti. Memang saya nak selim melim, cantik molek utk hubby tgk setiap hari :)

Hubby pun cakap..

Saya suka awak kurus bukan sebab awak tak cantik. Tapi bila kurus, pakai baju semua in shaa Allah menutupi aurat sepenuhnya. Takde lah bila awak gerak sikit, tunduk sikit..nampak bentuk badan. Awak mmg cantik dari dulu sampai sekarang....

Hurm, betul juga kata hubby. Bila kurus, banyak sikit "buffer" utk bergerak... bentuk badan tidak mudah dilihat org. Dan hubby saya, suka sgt kalau saya bertudung labuh... kalau gemuk, pakai tudung besar2... sure berbeza kan compared kalau badan kurus??

Oklah, tu ajer nak share. Saya nak bersiap2 utk keluar berjalan2. In shaa Allah, arini hubby cuti, kami nak pergi Dubai Miracle Garden...



Sehigga berjumpa lagi...

Wassalam...





Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176




Read More

Share on Facebook



Wednesday 17 December 2014

Written on

Model Abaya Dubai @ Naif Souq

Alhamdulillah... Hari ni, masuk hari ke-7 kami di Dubai.

Adush,masih xde masa nak tulis entry hari ke - 2, 3, 4, 5 & 6 di Dubai.

Sabar yer semua ~

Ni nak Update sikit je.. Hari ni...saya, ibu n anak2 berpeluang ke Naif Souq atau Naif Market (souq = market). Kami pergi naik teksi dr Emirates Grand Hotel (masa ni, suami saya bekerja, jadi kami je anak beranak yg keluar).

Fuh, kat sini..Mmg boleh jadi rambang mata tgk jubah 2 yg dijual tau!

Kalau setakat bawa RM1K, rasanya mmg x cukup. Hehe...

Since kami pun x bawa duit banyak, jadi X dpt lah kami shopping banyak (bagus juga. Hihi). Dan susah jugak nak shopping di kala terpaksa handle anak2 sekali. Ngeee ~

Ok, jom layan gambar. Tak larat lah saya nak type bnyk2 :p


Ini lah dia Naif Souq

Anak2 dah ajak balik, padahal baru je 1 jam kami di sini :(

Kedai2 sekitar Naif. Ni mcm ala2 Masjid India dan Jalan TAR

Otw pulang ke hotel, semua tertidur keletihan.  Siannya anak2 ummi..

Ok,  kami sempat sambar 7 Abaya.

- 2 utk ibu
- 5 utk kami adik beradik perempuan 

Nak tgk abaya2 nyer?? Mmg murah, rugi X bawa duit banyak. Separuh harga dari di Malaysia ok??

Ok, jom tgk model Abaya Dubai ni :p

Jubah 1

Jubah 2

Jubah 3

Jubah 4

Jubah 5

Jubah 6

Jubah 7

Cantik2 kan?? Cer teka mana satu utk.saya?? Hehe...

Oklah, sehingga berjumpa lagi...


Sekian...



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



Sunday 14 December 2014

Written on

Dubai - Persediaan Sebelum Berlepas

Assalammualaikum semua...

Ok, finally berjaya juga buka laptop setelah masuk hari ke -5 tiba di Dubai.

Masa ni tgh otw ke airport. My sister yg tlg drive...


Baiklah, first entry ini, saya nak ceritakan persediaan yg saya telah lakukan sebelum berlepas ke Dubai. Trip ke Dubai kali ni, saya betul2 kena  well-planned & well- prepared sbb kali ni, saya travel bersama anak2. Jadi banyak sangat perkara kena fikir jika travel bersama anak2 kecil ni.

Trip kali ni, saya menaiki Emirates Airlines. Sebenarnya saya nak book Malaysia Airlines, tetapi harga MAS masa saya nak beli tu, tak berapa menarik.


Emirates Airlines Confirmation Booking


Ni harga tiket yg telah saya buat comparisons. Setelah dibuat perbandingan, nampak gaya mcm Emirates adalah pilihan yg terbaik...

Few days after saya dah beli tiket, MAS keluarkan offer... harga return tiket KL - Dubai drop dari RM2800 seorang ke RM1600 seorang. Warghhhh.... nak nangis rasa!!! Manakala tiket flight Emirates yg saya beli pulak, RM2300 seorang. Beza RM700 tu utk satu tiket!

Saya pun call Emirates, tanya camner saya nak cancel kan tiket. Officer Emirates kata, boleh cancel tetapi kena penalty RM500 seorang. Hurm, terus tak jadi nak cancel... sbb gitu gini, sama je. Beza nanti cuma RM1K , dgn kepayahan saya nak isi borang, nak tunggu derang refund, fuh... tak perlah. Dah RM12K keluar, malas nak keluar duit lagi..

Mungkin bukan rezeki kami, so redha jerlah....


Oklah juga naik Emirates. Selesa dan anak2 dapat "selimut comel' sorang satu beserta buku dan color pencils!

Ok, ni antara persediaan yang saya buat sebelum nak travel ke Dubai:

1) PERSEDIAAN ANAK2

- Hah, yg ini sgt2 penting! Sebab travel dgn budak2, kita kena "Expect The Unexpected"
- Antara barang2 yg saya perlu sediakan adalah:

1. Baju yg secukupnya utk 3 orang anak saya; Ammar, Sumayyah & Fateh
2. Vitamins anak2 - saya bekalkan mereka Meal Shakes, Vitamin C Chewable, Omega Guard, dan Nutriferon. Of course semuanya adalah produk Shaklee yg selamat & semulajadi :)
3. Susu, botol susu, botol air, lampin pakai buang yg secukupnya utk si kecil Fateh
4. Makanan mereka seperti Cereal (anak2 saya mmg suka makan cereal waktu breakfast, food lain mereka tak berapa masuk), biskut utk kudapan mereka sepanjang 7 jam dalam flight, dan yg sewaktu dgnnya :)
5. Ubat demam & Thermometer (yg ini sebagai emergency sahaja. In shaa Allah, saya yakin kalau bekalkan mereka nutrisi yg mencukupi, badan mereka boleh melawan segala penyakit yg datang, dgn izin Allah)
6. Buku, color pencils dan toys - hah, ni penting sebab kami berada di Dubai selama 13 hari. Kalau tak bawa semua ni, alamat anak2 saya keep on complaining "Ummi, boringlah. Tak ada apa ke kerja nak buat?" hehe
7. Buku Furqan mereka - travel2 juga, mengaji jgn dilupakan :)
8. Drapolene - nappy cream utk si kecil Fateh (ni pun utk emergncy sahaja)
9. Minyak telon baby - pun as emergency. Walaupun saya tahu, buak2 ni mmg jarang kena kembung, tapi as I said, kena expect the unexpected kan?
10. Vitamin E 30 biji dan Herbal blend- ok, ini penting utk emergency juga. Sekiranya budak2 ni jatuh ke, luka ke, gatal2 ke... dua2 produk ni sgt penting. Remeber, Expect The Unexpected, right?

2) PERSEDIAAN DIRI SENDIRI

- Ok, persediaan diri sendiri pun tak boleh dilupakan. Saya perlu handle 3 kids sepanjang 7 jam dalam flight dan sepanjang 13 hari di Dubai, maka saya juga tidak boleh ambil remeh keperluan diri saya.

1. Baju dan tudung yg secukupnya dan sesuai utk dipakai ketika handle anak2 :)
2. Vitamins - ni sgt2 penting utk saya. Dahler sedang mengandung 5 bulan, lagilah saya tidak boleh abaikan pengambilan nutrisi badan yg secukupnya. Apa yg saya bawa utk diri sendiri:
  • Energising Soy Protein (ESP) - protein sgt penting utk ibu mengandung tau. Dan ESP juga menguatkan rahim. In shaa Allah
  • Vitamin C Sustained Released
  • Vitalea
  • B Complex
  • Alfalfa - saya mmg ambil Alfalfa waktu mengandung, sbb nak buang angin dlm badan. Kalau x, sakit kepala
  • Omega Guard
3. Charger hp jgn lupa
4. Duit yg secukupnya
5. Perfume, Lipstick, bedak - ok, yg ini saya pakai depan hubby je tau. hehe :P

Note: saya tak risau sgt pasal skincare2 ni, sbb saya mmg jenis tak cuci muka, tak pakai moisturizer, tak pakai krim2. Natural beauty gitewww...

3) PERSEDIAAN TRAVEL

- Sebelum bertolak ke Dubai, hubby dah bagitahu "Yang, awak plan itenary sepanjang di Dubai yer. Sebab saya sgt busy, tak sempat nak plan"
- So apa yg saya buat:
  • Google travel agency yg menyediakan pakej pelancongan ke Dubai - yg ini, bukan sbb saya nak hire travel agency, tetapi just nak ambil idea apa tempat2 yg biasa dilawati di Dubai
  • Google blog2 mereka yg dah pernah ke Dubai
  • Survey masa, harga tiket ke tempat yg saya plan nak pergi
  • Finally, buat jadual Itenary

Ini jadual Itenary yg telah siap saya rangka :)

Ok, rasanya tu ajer serba sedikit persediaan sebelum berlepas ke Dubai.

Alhamdulillah, kami dah berada di Dubai selama 5 hari. So far, anak2 semua well behaved (walaupun kadang2 tak larat mak buyong ni nak layan karenah2 bijak pandai mereka). Kesihatan mereka juga setakat ni alhamdulillah.. semoga Allah pelihara kesihatan mereka sepanjang di Dubai dan juga ketika pulang ke Malaysia.

Ok, next entry saya akan ceritakan Trip kami pada Hari ke-3 dan ke-4.

Stay tune ~

psst: Bulan December ni ada 3 promotion utk set2 wanita Gergous.
  • Vitamin E
  • Vitamin C SR
  • Collagen Powder
Walaupun saya di Dubai, tapi kalau u all nak place order, tiada masalah k? In shaa Allah, brg akan sampai hingga ke depan pintu u all :)




Semoga entry ini bermanfaat untuk u olls....


Sekian...



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176










Read More

Share on Facebook



Monday 1 December 2014

Written on

Tua Sebelum Usia....

Assalammualaikum semua....

Ok, hari ni mood nak flash back kisah dahulu kala. Kisah dolu2 sebelum saya mengenali Shaklee.

Untuk makluman semua bloggers dan pembaca, passion saya untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee bukanlah semata2 kerana saya ingin mencari customer, inginkan bonus yang banyak, inginkan jualan group yang melambung tinggi atau ingin mengajak orang join Shaklee di bawah group saya. Pendek kata bukanlah atas alasan profit atau duit semata2....
  • Saya register sebagai ahli Shaklee pada Jan 2012.
  • Saya mula berkongsi kebaikan produk Shaklee pada Sept 2012.
Bayangkan, 8 bulan saya mengambil masa untuk benar2 yakin dgn produk Shaklee dan berkongsi dgn semua orang.

Semuanya bermula apabila anak ketiga saya lahir dan disahkan BEBAS dari jangkitan GBS. Sebelum itu, saya memang sudah merasai kelainan apabila mengambil Set Kehamilan Shaklee, tetapi yerlah, bak kata orang, masa tu masih belum cukup confident untuk bercerita dgn semua orang lagi.

Keyakinan saya bertambah kuat apabila sekali lagi saya merasai kelainan apabila mengambil Set Berpantang Shaklee. Sungguh, pengalaman berpantang dengan produk Shaklee adalah sangat2 indah berbanding ketika berpantang anak pertama dan kedua yang hanya mengambil jamu semata2.

Baiklah... saya ceritakan dahulu yer keadaan saya sebelum mengenali Shaklee.

------------------------------------

Ainul Shahrazad (2006 - 2011)

Saya ni orangnya tidak terlalu tinggi. Tinggi cuma 152cm sahaja. Kulit saya a bit cerah, tak delah putih sgt atau gelap sgt. Pendek kata, mmg kulit gadis Melayu lah.

Alhamdulillah, saya tidak ada apa2 masalah alergic, jerawat, atau masalah2 kesihatan yang lain. Sepanjang di universiti, saya memang tidak ambil sebarang supplemen, makan mcm biasa...makan nasi dan lain2. Ingat lagi, lauk feveret saya masa di universiti adalah nasi putih + ayam goreng kunyit + cili padi. hehe... (rasa2nya budak2 UTP tahu dah camner ghupenyer lauk ni).


Bersama dgn sebahagain rakan2 UTP. arghhh...rindunyer kat korang semua!!


Saya berkahwin pada Sept 2006, dan mengandung anak yang pertama pada Feb 2008. Sepanjang tempoh tersebut (dari anak dara sehingga sebelum mengandung), saya memang tidak consume sebarang supplemen. Sebab prinsip saya masa tu, asalkan aku cukup makan, buat apa aku nak tambah supplemen pulak kan?? Lagipun saya bukannya orang senang... makan sekadar apa yg perlu time belajar dulu.

Hanya apabila mengandung, baru saya consume supplemen... itupun vitamin yang dibekalkan oleh doktor.

Saya berkahwin umur 23 tahun, mendapat anak pertama pada umur 25 tahun. Kalau ikut kajian sains pun, memang dari tempoh lahir sehingga usia 25 tahun, badan kita waktu ini sangat aktif dalam menghasilkan kolagen. Orang kata, badan tgh kuat kan?? Masih fit, bergetah, tegang dll....

Ketika hadir anak pertama. Oh suami saya juga pun nampak muda sgt. hehe ~


Tetapi saya tidak sedar, proses aging atau penuaan itu setiap hari berlaku dalam kitaran hidup saya. Saya lupa, bahawa saya tidak selamanya akan muda begini....

Saya lupa, bumi ini bukannya statik... Terlalu banyak faktor2 yang menyumbang kepada proses penuaan kepada badan kita antaranya:
  1. Diet yang tidak seimbang
  2. Kurang aktiviti fizikal
  3. Tekanan
  4. Tidak cukup tidur
  5. Terdedah kpd sinaran matahaari
  6. Pencemaran alam - air, tanah, udara
Saya melalui hari demi hari seperti biasa. Stress, penat di tempat kerja, sesekali makan di luar, keluar shopping, uruskan rumahtangga, pergi bercuti dsb - yerlah, hidup seperti orang biasa.

Pergi kerja, balik kerja, esoknya pergi kerja lagi.. hujung minggu penuh dgn aktiviti samada usrah, bercuti atau pulang ke kampung.

Tanpa saya sedari, tahap kesihatan diri saya semakin menurun hari demi hari. Apabila lahir anak kedua, keadaan saya bertambah worst.

Badan naik, kulit gelap, wajah nampak tua, masalah keputihan makin teruk, dan saya mulai rasa tidak confident di hadapan suami (rasanya semua faham perasaan ini).

Itu belum masuk masalah kesihatan anak2 lagi.... (Ya Allah, nightmare nyer bila saya kenang hidup saya sebelum bertemu Shaklee).

Saya memang tidak percayakan supplemen yang dijual melalui sistem MLM. Sungguh!!

Entah.....mungkin sebab saya kurang membaca, kurang pendedahan, berfikiran prejudis atau ego sombong.

Mungkin juga sebab saya fikir, supplemen yang dijual melalu MLM ni, hanya nak untung semata. Saya lebih percayakan supplemen atau ubat yang dibekalkan oleh doktor atau yang terdapat di farmasi.

Nak kata saya anti supplement.... tak juga. Sebab, saya ambil juga vitamin yang doktor beri ketika mengandung anak pertama dan kedua, saya ambil juga Vitamin C di klinik2 panel ING (mungkin sbb free kot. hehe). Saya pernah juga makan Qaseh , Jus Al Khaira, dan pernah beli Smart Koko buat anak2 saya...

Semua ini pun supplemen juga kan? (supplemen = makanan tambahan).

Tapi mungkin saya ni prejudis terhadap supplemen yang datangnya dari syarikat MLM kot. Lebih2 lagi Shaklee. haha....

Tetapi kuasa Allah... akhirnya pintu hati saya terbuka untuk mencuba Shaklee ketika mengandung anak yang ketiga.

Itu pun setelah badan saya mengalami "kemorosotan" yang sangat teruk...

Ada saya kongsikan sedikit kisah saya di sini: Saat Ku Jatuh Cinta Dengan Shaklee

keadaan saya ketika mengandung anak kedua.. waktu ini saya baru berumur 28 tahun!

selepas melahirkan anak kedua. Fuh gemuk, tembam, gelap!


Benar sahabat2... sangat berbeza jika badan kita cukup nutrisi dengan kurang nutrisi. Saya telah lalui semua ini; saya melihat sendiri bagaimana diri saya menjadi tua sebelum usia walau waktu itu saya baru berusia 28 tahun!

3 tahun saya abaikan kesihatan diri saya. Syukur sgt Allah beri kesedaran kepada saya lebih awal, bayangkan kalau saya masih ego sombong... saya biarkan sahaja proses penuaan berlaku dalam badan saya tanpa saya bertindak apa2... apa lah yang akan terjadi jika saya sudah berumur 35 tahun, 45 tahun, atau 55 tahun! Bagaimanakah keadaan wajah saya, badan saya, dalaman saya ketika itu?? Oh tidak!! Takutnyer.....

Suami saya memang seorang yang baik. Seriusly, beliau tidak pernah komen apa2 dgn saya... beliau sentiasa bersikap positif dgn saya. Kasih syg beliau tidak pernah berkurang walau isteri nya sudah nampak seperti orang tua. erkkkk...

Setiap kali mengandung, sure hubby akan kata "setiap kali awak mengandung, saya makin syg kat awak..."

Tetapi sebagi seorang isteri dan sebagai seorang wanita, sudah pasti, naluri saya inginkan sesuatu yang indah, sesuatu yang cantik...

Saya tidak mahu alasan

"alah, normallah...semakin meningkat usia, wajah jadi mcm ni. asalkan suami syg, badan x sakit, dh cukup"

Saya juga tidak mahu alasan sibuk dgn urusan rumahtangga atau urusan kemasyarkatan, menyebabkan saya biarkan diri saya mengalami proses tua setiap hari tanpa sebarang pre-caution.

Tanggapan saya suatu masa dahulu... apabila saya mengambil supplemen, nanti saya kena consume seumur hidup saya. Tak boleh stop. Kalau stop, nanti jadi makin teruk atau back to original sebelum consume.

Itulah kesilapan saya! Saya confuse antara supplemen dan ubat. Kalau ubat... yess, pengambilan yang berterusan akan menyebabakan badan kita terlalu bergantung pada ubat sehingga ada side effect jika kita berhenti dari mengambil nya.

Tetapi konsep vitamin semulajadi....adalah sangat2 berbeza dgn ubat!

Vitamin ini bukan menjadikan badan kita kuat, tidak menjadikan badan atau kulit kita cantik, pengambilan vitamin juga tidak membanyakkan air susu badan. No No No! Salah konsep itu sebenarnya sahabat2....

Sebenarnya vitamin ini hanya melengkapkan nutris gap dalam badan kita....

Sekiranya badan kita cukup nutrisi yang diperlukan, ia akan bertindak sendiri... Badan kita sendiri yg akan melawan sebarang penyakit yg datang, badan kita sendiri yang akan bertindak memperbaiki sel2 kulit yang sudah rosak, badan kita sendiri yg akan menghasilkan susu badan yg banyak...bukannya vitamin! Vitamin sekadar mencukupkan nutrsi yang diperlukan oleh badan....

Bayangkan kalau badan kita semakin kehilangan nutrisi akibat dari faktor2 yang saya nyatakan di atas, anda rasa, bolehkah badan kita bertindak efektif sepenuhnya??

Kalau anda rasa badan anda memang sudah cukup nutrisi, nah... tidak perlu ambil sebarang vitamin. Seriusly!

Tapi anda kena ingat... kita sekarang hidup di dunia yang penuh pencemaran, dunia yang penuh dgn tekanan, dan makanan2 di pasaran juga hampir semuanya dihasilkan secara GMO (yg sudah diubah suai genetik). Jadi apa yang anda rasa dgn dunia kita sekarang ini??? Cukup sekadar takut?? Cukup sekadar redha atau pasrah dgn apa yg akan terjadi??

Saya bercerita kerana saya sudah melaluinya....

Saya berkongsi kerana saya tidak mahu apa yang terjadi ke atas saya berlaku pada anda semua....

Benar... proses penuaan itu tetap akan berlaku, tetapi kita boleh melambatkan proses tersebut dgn cara mencegahnya lebih awal, bermula dari sekarang...

AWAS!! Proses penuaaan ini akan menyebbakan kualiti hidup anda semakin menurun hari demi hari...

Takkanlah bila wajah dh berkedut, tulang dah rapuh, badan dah lembik, sakit 3 serangkai dah menyerang... baru kita nak bertindak?? Mungkin boleh, tetapi kesannya mungkin tidak sama jika mencegahnya lebih awal bukan??

Saya tidak mengatakan bila anda ambil Shaklee, anda akan terus wow, berubah 100%.. sebab shaklee ni bukannya ubat. dan ia juga bukan seperti produk2 kecantikan yg berlambak di pasaran (yg penuh dgn bahan berbahaya dsb).

Tetapi, in shaa Allah... jika anda konsisten dan disiplin dalam mengambil vitamin Shaklee, anda akan dapat merasai perubahan sedikit demi sedikit.

Terus terang, setelah mengamalkan Shaklee dari Jan 2012 sehingga Dec 2014, saya cukup2 rasa perbezaan dalam diri saya. Saya sangat2 jatuh cinta pada produk Shaklee!!

Jika ditakdirkan suatu hari nanti saya tidak lagi menjalankan perniagaan Shaklee, saya akan tetap menggunakan produk Shaklee..... kerana saya yakin dgn teknologi yg digunakan dalam menghasilkan kesemua produk Shaklee.

Raya August 2014


Nov 2014: sedang mengandung anak yg ke-4


Nasihat saya... sebelum mengambil Shaklee, pastikan anda tahu kenapa anda memilih Shaklee; bukan kerana ikut2an, bukan kerana ramai orang kata produknya bagus, bukan kerana mengikut musim...

Buatlah sedikit study... supaya anda benar2 yakin kenapa anda perlu mengambil Shaklee. Dan supaya tidak timbul:

"aku asyik lupa je nak makan.." > akhirnya result tidak dapat kerana anda tidak konsisten

atau

"aku ambil Shaklee untuk mengandung je.. atau masa dlm pantang je, atau masa tgh susukan anak je. pastu cukuplah"

atau

"hurm, tak berkesan pun aku ambil Shaklee. ah, sama je shaklee ni dgn produk yg lain"

Jika anda tahu bagaimana vitamin Shaklee berfungsi, anda pasti tidak akan berkata seperti di atas.

Dan jika anda tahu betapa tingginya nilai diri anda, sudah pasti anda tidak akan berkira2 untuk mencari sesuatu yg terbaik utk diri anda....

Sesungguhnya kesihatan itu sangat MAHAL harganya! Hanya mereka yg telah kehilangannya yg akan benar2 menghargainya....

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda....


Sekian...



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176








Read More

Share on Facebook



Written on

Kisah Percintaan Di Padang Pasir

Pagi tadi,  saya dapat whatsapp dari Hubby...

Beliau send gambar percutian kami semasa pergi ke Dessert Safari., Dubai.

....dan beliau sertakan sekali caption:

"Kisah Percintaan Di Padang Pasir"

Haha, lawak abang ni. Mcm tahu2 je saya tgh bersemangat untuk memulakan misi di bulan December ini :p

Apapun, terima kasih kerana telah menceriakan hati isterimu yg sedang merinduimu...

Gambar tersebut telah pun selamat saya jadikan wall paper handphone Sony saya :)



...dan paling best, bulan December ini juga, Shaklee buat double promotion:

🍁 Beli 6 Vitamin C SR,  percuma 1

🍁 Beli 6 Vitamin E, percuma 1

Dan kedua2 vitamin ini adalah vitamin wajib utk wanita yg nak kulit cantik bak puteri. Hah, jgn tak tahu...

Menyesal u kalau x grab promo ni cepat2...

Ok, cepat whatsapp saya kalau nak.harga super duper jimat!!! ⚡



Ainul...
"Working-at-home-mother"

Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~






Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)


sms/whatsapp: +6013-6971176

Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.