Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 27 August 2016

Written on

FLY Gathering Ulu Yam

Alhamdulillah, selesai Fly Gathering di bawah anjuran Masters United Shaklee.

Kedatangan kami semua disambut oleh tulisan besar ke Nur Laman Bestari Eco Resort



Ya Allah, tak dapat nak gambar kan betapa syukur nya ada program sebegini!

Terima kasih buat Fly Committee member:
- Master DOSH & MIA
- Master Laila & suami

dan semua yg hadir

- Master Nur Zahirah & Hafizan
- Master Nadiah & Amir
- Master Fazliana & Fairuz
- Master Ruziah Amin & suami
- Nadia najib and anak cucu, Jacky bass, Fadilah, Cik Pau

You guys are awesome!


Terima kasih kerana book dewan “Astana Bestari” yang jugak awesome sesuai untuk semua anak2 berlari dengan bebasnya…

Rasa semangat baru bila dapat berkumpul, share idea, share pengalaman, share masalah bersama!

Terima kasih juga buat FLY Group.

Semoga Allah kuatkan ikatan dan ukhwah ini, dan jadikan asbab utk kegemilangan Shaklee semula!


Master Dosh membuka majlis dengan memanjat doa kesyukuran pada Allah s.w.t. atas segala nikmat dan rahmat kurniaan-Nya selama ini.

M Dosh juga berkongsi pengalaman selama 6 tahun dalam Shaklee dan merumuskan ada 6 elemen penting yang mesti dijaga dan di’imani’ oleh setiap leader Shaklee.


  1. The Boss
  2. 3S Rules (Sell, Service, Sponsor)
  3. Kepercayaan dan keyakinan
  4. Perwatakan dan kebolehan
  5. Duplicate kunci utama
  6. Sentiasa bersyukur






Terima kasih M Amir kerana memberi nasihat dan perkongsian mengenai pengurusan kewangan. So, sesiapa yang ada masalah boleh dapatkan khidmat nasihat M.Amir.

Eh, score A+ Add Math dalam SPM pun belum tentu pandai manage cashflow oooo….. 



Namun dalam semua2 perbincangan dan input, berikut adalah catatan yang sempat di recordkan. 
  • M Ira/Pijan: Mengesyorkan agar SID kembali untuk menjual Shaklee dengan Retail Price kepada non-members dan mengetatkan tindakan pada SID yang tidak menjual dengan harga retail pada non member
  • M Laila: Minta Shaklee untuk sediakan nutrition talk melalui online memandangkan tidak ramai yang dapat datang secara offline.
  • Keduanya, mengajurkan eLearning ( ala-ala mini TTT… tetapi secara online)
  • M. Ainul: Perbanyakkan kekerapan dan tempat bagi nutrition talk. Patut ada disemua negeri.
  • M. Fairuz: Mengesyorkan supaya Shaklee buat program2 fizikal seperi aerobic, zumba etc.  

Cadangan2 ini diminta oleh M Dosh untuk kita majukan pada Shaklee sebagai input dari akar umbi gitu.

Akhir sekali, memang kena tangkap gambar ramai2 kan……

Ok, jom layan gambar sepanjang program...

Fly Committee yg hadir



My supporter, my backbone, my push factor - Mohd Dzuha


Master Amir memberikan perkongsian tentang Pengurusan Kewangan

Antara sharing dari Master Amir

Master Hafizan - Business Shaklee adalah business family. Inilah buktinya! Dokong anak sambil beri ucapan

saya turut x berkecuali memberikan cadangan

Master Nur Zahirah

Hah, yg ini Artis tau. Tapi saya x ingat namanya. 

Fateh and his new girlfriend. hehehe

Anak2 pun diraikan dalam program ni tau!

LAT family under Master Nur Zahirah
















Read More

Share on Facebook



Wednesday 24 August 2016

Written on

AWAS! Kemadulan Selepas Anak Pertama

Wah, saya baru tahu tau pasal ni..

Ingatkan kemandulan hanya berlaku untuk mereka yang masih belum punya anak.

Saya faham, isu kemandulan ini sedikit sensitif. Tetapi saya yakin, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaianya.

Dan saya rasa, perlu untuk berkongsi ilmu ini dengan para wanita di luar sana.



Sebenarnya semua wanita boleh mengandung secara semulajadi jika tidak mengalami masalah kesihatan.

Cuma bagi sesetengah individu, terdapat ‘nutrient gap’ disebabkan cara hidup dan cara makan yang tidak dapat menampung keperluan tubuh atau menyebabkan nutrien tidak sampai ke dalam sistem tubuh.

Bila masalah kekurangan nutrien ini berlaku, proses normal badan tidak dapat berjalan dengan sempurna termasuk mengganggu kesuburan atau proses kehamilan itu sendiri...

Masalah kekurangan nutrien ini nampak macam remeh kan.. tapi sebenarnya ia sesuatu yang serius tau!

Ingat ni.. Bila ada je masalah dalam sistem badan, itu tandanya badan kekurangan certain nutrisi. Kalau cukup nutrisi, jangan risau.. semua sistem badan akan berfungsi dengan normal.

So , jom  kita cuba fahami lagi tentang masalah Kemandulan Selepas Anak Pertama..

Read More

Share on Facebook



Wednesday 17 August 2016

Written on

Tips Nak Dapat Peluang Datang Sekali Lagi ke sesuatu tempat: Buang air besar!!

Kontroversi tak tajuk??

Hari ni, cerita santai2 jer lah yer.

Saya sebenarnya dalam kereta ni, ikut hubby out station.

So saya tulis blog dalam kereta ni tau.

Hah, dok dlm kereta pun boleh tulis, sambil dukung baby Maryam. So bukan alasan u x boleh tulis blog!

OK, balik pada tajuk.

U guys pernah dgr tak tips ni?

Actually bukanlah tips pun, tapi konon nye petua dulu2.

Saya tahu ni masa tgh praktikal di Petronas Penapisan Melaka tahun 2005.

My colleague yg share. Dia kata, kalau kita nak dtg lagi sesuatu tempat tu, kita kena Buang air besar kat tempat tersebut!

Nampak mcm kelakar kan? Tapi kan, banyak menjadi tau!

Saya percaya pada subconcious mind.

Kita menarik apa yg kita fikirkan..

Bila saya tahu tips ni, automatik kalau pergi mana2, saya akan fikir nak buang air besar. hahahaha..

Saya pernah buang air besar kat flight MAS, Emirates, Sri Lanka.. dan memang saya dapat naik flight semua ni banyak kali.

Tapi masa naik flight Qatar n Etihad, saya xde buang air besar. Sampai la ni, saya masih belum dapat naik 2-2 flight ni buat kali kedua. Ada kaitan x? hahahaha

Then saya selalu buat mcm ni.. bila saya seronok stay kat sesuatu hotel, saya akan set mind saya.. aku mesti buang air besar kat hotel ni supaya aku boleh dtg sini lagi.

Dan biasanya menjadi tau :P

Tapi. mungkin lah ianya satu kebetulan..

Saja, sembang santai...

Mungkin uolss pun ada experience macam ni. Cer ingat semula? Ada tak yang menjadi?? Meh lah share dgn saya... hehehhehe




Read More

Share on Facebook



Tuesday 16 August 2016

Written on

Demam Panas Bagus Untuk Anak??

Uish terkejut x baca tajuk ni??

Ibu mana yang nak anak dia demam kan? kan? 

Saya pun sama. Kalau anak demam atau tak sihat, saya akan jadi orang yang paling stress kat dunia! Hehehehe...

Ingat lagi, masa saya bekerja.. anak2 selalu x sihat. Ammar & Sumayyah berapa kali warded due to high fever.

Ammar ketika 6 bulan. Kena tahan ward sebab demam panas. Ya Allah, sedihnyer!


Dan kerana mereka lah, saya tekad untuk lakukan perubahan! Saya tekad untuk focus pada bisness Shaklee, buat Shaklee sungguh2 sebab aim masa tu nak resign, nak dapat bonus Shaklee dlm RM1.5K setiap bulan pun dah cukup!

Saya x aim pun nak bonus puluh2 ribu sebulan mcm sekarang. Tapi Alhamdulillah, sekarang, Allah bg saya LEBIH dari yang saya jangkakan.

Ok berbalik kepada topik. Saya pun sebenarnya terkejut bila google ttg tajuk ni.

Sebenarnya saya google topik lain, camner ubat Paracetamol atau Panadol membantu turunkan suhu badan mereka yg demam. 

Masatu Sumayyah tgh demam. So saya dlm dilema, nk bagi paracetamol atau x..

Jadi saya google, how the paracetamol can reduce the temperature. Sebab tertanya2 juga.. awat powerful sangat ubat ni.. sampai demam boleh reda dlm tempoh 4-6 jam.

Ok, dan ini yg saya dapat tau...

Demam panas sebenarnya adalah reaksi semulajadi badan untuk melawan jangkitan kuman.

Dan bila demam, ianya menunjukkan sistem imun bayi / anak kita berfungsi dgn baik! Maksudnya badan sedang develop imminisasi semulajadi...

Semasa demam, sejenis protein bernama pyrogen dihasilkan yg menyebabkan peningkatan sintesis bahan bernama "prostaglandin" dlm otak..

"Prostaglandin" dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas terhadap kecederaan/ penyakit tertentu.

Salah satu tindakan Prostaglandin ialah meningkatkan sensitiviti urat saraf, i.e kita akan merasa sakit bila sesuatu kecederaan terjadi. Bila rasa sakit, kita akan cuba melindungi bahagian badan yg cedera itu.

Imagine kalau ini tiada?? Tgn luka pun,kita buat dunno je. Sbb X rasa sakit kan. At d end, tiada usaha dari kita utk pulihkan luka tersebut.

Selain itu, Prostaglandin juga menyebabkan suhu badan meningkat supaya dpt melawan unsur asing seperti bakteria yg berada dlm badan. 

Sebab tu suhu badan naik!

Maksudnya, demam menandakan badan sedang fight the virus/ bakteria! So bagus lah kan??

Paracetamol pula bertindak sebagai Antipyretic.

Ia menghalang sintesis Prostaglandin yg menyebabkan kesakitan hilang buat sementara, dan suhu badan jatuh dlm masa 30 minit selepas dimakan. Betul kan?? Lepas je kita bagi anak ubat demam, suhu badan akan kebah 30 min selepas itu...

Tahu x, Ubat demam sebenarnya tidak memberi peluang sistem imun badan bertindak secara semulajadi bg melawan & menyembuhkan penyakit.

Ubat demam akan memutuskan fungsi saraf yg menyampaikan rasa sakit dari otak ke sel tubuh.
Sbb itu, ubat demam juga dikenali sebagai pain killer. Ohoho!

Ubat demam hanya mengurangkan panas badan, dan TIDAK MERAWAT punca demam panas berlaku.

Tengok carta ni. Inilah cara paracetamol turunkan suhu badan kita


Badan kita lah yang sebenarnya, sendiri merawat sakit tersebut. Pertahan badan lah yg sebenar nya melawan dan menyembuhkan penyakit yg dtg..

Sbb itu, kita tidak digalakkan utk beri ubat kpd bayi di bawah umur 1 tahun.

Kerana ubat - ubatan akan merencatkan fungsi imun badan bagi melawan penyakit.

See the point?? Pernah dengar kan.. ubat batuk n selsema juga tidak digalakkan beri kepada bayi di bawah 1 tahun. Because of this reason lah...

So apa kita nak buat bila anak demam??

Belajar lah "menguruskan" demam anak...

Jgn terlalu bergantung pd ubat.

Ada cara yg kita boleh buat utk kita kawal suhu badan anak ketika demam.

Tidak tergesa2 memberi anak makan ubat demam, bukan bererti kita tidak sayangkan anak..

Menyokong proses demam panas memerlukan pengorbanan yg besar dr seorang ibu.

Antaranya ibu terpaksa tidak tidur mlm utk memantau suhu anak, menjerlum, sponging, dan menyusu badan dgn kerap.

Ia juga memerlukan ibu untuk sentiasa memastikan anak minum dgn kerap dan menyediakan makanan yg berkhasiat utk anak, bagi membantu proses imun bekerja lebih baik utk melawan penyakit.

Dan ini yang saya buat setiap kali anak demam..

Saya mmg akan berjaga malam. Sekejap2 sponging, sekejap2 kejutkan anak utk minum air..

Remember: ubat demam akan merencatkan fungsi imun badan.

Bila sistem imun badan anak selalu terencat, @ dihalang fungsinya dgn ubat demam, sudah tentu anak mudah jatuh sakit.

Bakteria dan virus sgt suka budak yg sistem imun lemah tau 

😥

Note: walaubagaimanapun, jika anak betul2 dlm keadaan yg bahaya, (mungkin kita terlepas pandang, tak monitor betul2, tak jaga aktiviti dan pemakanan anak dgn betul).. Jgn pula berdegil utk tak bg ubat pula yer.

Yg penting, kawal dahulu...

Jika dlm kritikal, segera hubungi doktor.

Sebagai seorang ibu, peranan kita adalah memastikan anak2 mendapat cukup nutrisi yg diperlukan oleh badan.

Bila badan cukup nutrisi, In shaa Allah... "askar pertahanan" di dalam badan akan MAMPU untuk melawan sebarang penyakit yg dtg..

Sbb itu, jika tidak mampu menyediakan diet seimbang utk anak, mahupun diri sendiri.. Maka tampunglah ia dgn pengambilan supplemen.

Cara saya??

Saya akan pastikan anak2 saya cukup nutrisi dari diet makanan mereka + tampung dgn supplemen.
  1. Meal Shakes
  2. Omega Guard
  3. Vitalea for kids
  4. Vit C chew

Anak sihat, ibu gembira..
Ibu sihat, suami bahagia..

Tak gitew :)

Utk konsultansi ttg nutrisi & kesihatan, boleh hubungi saya:
Puan Ainul
013-6971176 
Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.