Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, 26 December 2018

Written on

Sakitnya Bila DiFitnah. Sebab Itu Dosa Fitnah Lebih Besar Dari Membunuh!

Assalammualaikum w. b.t

Rentetan kisah Viral TWB, saya just nak berkongsi dgn semua; bagaimana "sakit" nya keadaan bila difitnah.

Moga2 dgn perkongsian ini, kita akan lebih berhati2 bila ingin meng viral kan sesuatu atau menghukum sesuatu sebelum kita benar2 mendapat kepastian terlebih dahulu.

Utk yg ingin baca kisah sebenar, boleh klik di sini "Viral TWB : Muka Melecur"



Sebenarnya isu ini boleh diselesaikan dgn baik.

Tetapi kerana tidak sabar & menuduh tanpa usul periksa, maka viral fitnah lah yg berlaku!

Saya faham, Zalina adalah mangsa. Mangsa atas kecuaian individu.

Tetapi bila kecuaian individu itu - di lemparkan kpd orang lain, perkara ini lah yg Tidak Betul.

Dan si mangsa MEMBENARKAN perkara ini terjadi!

Lihat WhatsApp saya yg terakhir dgn Zalina. 13 December jam 12.44 tgh hari

Dan lihat tarikh post ini diviralkan. Pada hari yg sama, 13 December jam 9.28pm! - Belum sempat saya berbuat apa2! 


Lihat pula reaksi Zalina di FB beliau. Anda lihat, betapa Zalina memburuk2kan saya, kata saya sombong. Sedangkan di akhir perbualan saya dgn beliau, semuanya ok. Boleh baca full conversation WhatsApp saya dgn Zalina di entry sebelum ini
Klik sini "Full WhatsApp"


Dan selepas itu, Zalina sendiri mengizinkan Narquiyah viral ttg saya. Manusia jenis apa mcm ini? 


Yes.. accident ini terjadi pada 9 December.

Tetapi saya hanya tahu perkara ini pada 12 December!

ADIL kah untuk hukum saya sombong & lepas tangan?

ADIL kah untuk letakkan kecuaian individu atas bahu saya?

Hanya kerana Jojie pernah dtg belajar dlm projek saya, maka saya perlu menanggung semua perkara termasuk kecuaian?

Ya Allah ... dahsyatnya tuduhan kamu, Zalina & Narquiyah!

Saya faham, kamu adalah mangsa, Zalina.

Tetapi ini bukanlah satu green light utk kamu menganiaya pihak lain pula.

Ibarat kita dtg rumah jiran. Jiran tertumpah air panas, lantas kita nak libatkan tuan rumah yg beri sewa kpd jiran kita.

ADIL kah begitu?

Hanya kerana kita adalah mangsa! Maka kita boleh libatkan semua pihak?

Allah ....

- - - - - - - - - - - - - - - -

Sebenarnya, d moment selesai ber WhatsApp dgn Zalina, saya mmg sedang atur plan utk ringankan beban beliau.

Saya tak dapat nak datang ziarah beliau dgn segera kerana 13 December, saya dh bertolak ke Johor. Dan 14 December, saya akan ke Singapore (percutian ini dh saya rancang lama utk anak2, mana mungkin saya boleh cancelkan)

Pun begitu, saya sedang atur wakil utk dtg mengziarahi beliau. (Walaupun hakikatnya, saya tiada kena mengena dlm hal ini)

Tetapi belum sempat saya buat apa2, kawan Zalina , si Narquiyah meng viral kan isu ini.

Kalau nak viral atas kecuaian individu, tidak mengapa.

Tetapi si Narquiyah meng palitkan nama saya sekali dan team Projek saya yang sepatutnya tiada kena mengena dengan kecuaian ini!

Lihat tuduhan Narquiyah terhadap saya & Projek team saya!

"Kawan saya juga menghubungi founder The Walking Beauty Project tersebut tetapi alangkah kecewanya kawan saya apabila founder bertindak melepaskan tgn dan sambil lewa, juga tidak mahu bertanggungjawab ke atas kejadian yg menimpa kawan saya itu" 

- MashaAllah, tuduhan apa ini Narquiyah?? - 


Bayangkan ..

Sejurus post Narquiyah ini viral, bertubi2 orang datang menyerang page saya!

Dengan cacian dan makian yg sgt2 melampau!

Saya terduduk .. terasa seperti sebuah batu sedang menghempap badan saya!

Akhirnya saya terpaksa unpublish page saya!

Bila saya unpublish page saya, mereka menyerang FB personal saya pula.

Sampaikan page Khairul Yoi tag nama saya, ugut saya utk malukan saya besar2an.  Diikuti dgn sorak netizen yg menyokong.

Allahuakbar...

Dahsyatnya bully mereka pada saya.

Ya Allah, Kau tahu apa yg aku rasa.

Betapa sakitnya, ya Allah bila netizen bulldoze menyerang saya tanpa usul periksa.

Hasil dari "salah nya" Narquiyah bercerita ttg saya.

- - - - - - - - - - -

Sepanjang saya di Singapore, saya jadi murung. Sampai suami terpaksa tenang kan saya.

Sudahlah sepatutnya saya perlu gembirakan anak2 saya, tetapi kerana kes ini, saya tak mampu nak entertain anak2. Saya tak mampu nak layan mereka.

Kasihan mereka .. (air mata sudah mengalir saat ini)

Balik dari Singapore, saya tidak boleh tidur.

Suami pujuk, bgtau supaya kami berdoa banyak2.

Mlm itu.. saya draf post ttg TWB. Saya perlu jelaskan pada umum Konsep Projek TWB dan kenapa kes ini, sepatutnya tidak boleh di sabitkan di bawah TWB.

Dan esoknya (15 December), saya terus post di FB saya.

Selepas saya tulis post ini .. page Khairul Yoi pun hilang.

Tetapi viral Narquiyah tetap berjalan seperti biasa, dikongsi oleh ribuan rakyat Malaysia.

Status saya ini dikongsi dlm page2 di FB 

Dan akhirnya  .. bukan orang lihat isu ini atas kecuaian individu tetapi turn out, orang lihat saya pula yg salah. Saya pula yg seolah2 did d accident n lepas tangan.

Muka saya, FB saya berlegar2 dlm page2 viral di FB.

Sampai saya cakap..

"Ya Allah, bukan aku yg buat, kenapa aku yg kena?"

Disebabkan fitnah Narquiyah ini, saya menjadi DEPRESS

Saya hanya mampu baring. Nak pegang hp pun saya BENCI!

Saya tak mampu nak coaching anak didik business saya seperti biasa.

Hanya husband yg nampak how bad my life was. 

Dari kes viral ini berlaku, 13 December 2018 sehingga sekarang ..

Saya cuba untuk post seperti biasa di FB .. walau hakikatnya saya masih dihantui mimpi ngeri dgn cacian, ugutan dan sumpahan para netizen.

Benarlah kata Allah ..

Dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Fitnah itu mampu utk MEMBUNUH keseluruhn jiwa seseorang.

Bunuh fizikal, berakhir di situ.

Tetapi bila jiwa seseorang itu terbunuh, ia akan memberi kesengsaraan yg berpanjangan.

Sungguh! Sakit sgt bila diri difitnah.

Di saat kita berusaha untuk membantu insan2 lain ... tiba2 kita difitnah dgn kejam sebegini rupa.

Ya Allah .. sakitnya

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Buat mentor2 saya; master Hafsah, Master Laila, sahabat2 Shaklee saya; master Zura, master Adilah, dan ramai lagi.

Buat semua anak cucu Shaklee saya, terima kasih atas sokongan anda yg tidak putus2.

Korang semua adalah penguat utk saya BANGKIT dan lebih berjaya!

Saya minta maaf kalau kurang ber online sekarang.

Saya mohon diberi sedikit masa utk saya pulihkan jiwa saya.

Terus terang saya katakan, utk saya nak buka WhatsApp group, nak baca Telegram group sekalipun.. saya rasa berat sgt2.

Ada masa, saya rasa benci sgt2 melihat hp!

Tetapi saya cuba kuatkan diri.

Saya cuba buat live video seperti biasa. Cuba buat seperti nothing happened!

Walau hakikatnya, saya masih berperang dgn diri saya.

Terima kasih Afni for this bouquet of flowers.  Terharu sgt2 dpt bunga ni di saat hati saya sedang murung. Afni adalah salah seorang leader dlm team Shaklee saya. Tolong doakan agar beliau berjaya dlm Shaklee 


Buat Narquiyah..

Teruskan memfitnah saya.

Post anda dikongsi oleh 3,900 orang, dikomen sebanyak 1600 comments.

Dan anda terus membenarkan orang lain menuduh saya.

Ingatlah ... setiap satu itu tidak terlepas dari pandangan Allah . Saya doa sungguh2 agar Allah tunjukkan kebenaran.

Jika saya di pihak yg benar, awak jawab lah depan Allah terhadap ribuan orang yg mengutuk saya hasil dari post awak.

Buat Zalina ; jika anda tidak puas hati dgn cara Jojie, anda tidak sepatutnya lepaskan kpd org yg tidak bersalah.

Mengapa saya pula yg menjadi mangsa kamu?

Tidak boleh kah berbicara dgn elok, bertanya saya dgn elok.

Jika perlukan bantuan, berkatalah dgn cara yg baik.

Bila saya call kamu, kamu kata .. kamu tidak tahu apa yg berlaku di FB. Sebab doktor x bg tgk, takut kamu stress.

Tapi dlm setiap komen di post Viral Narquiyah,  kamu sentiasa aktif memberikan respons.

Kamu kata saya sombong, kata saya dah buat banyak duit dari bisness ini, dan lepas tu lepas tangan.

Apa yg kamu cuba lakukan sebenarnya?

Ya Allah, dari hati ikhlas nak hulurkan sumbangan .. terus rasa tak nak bagi langsung!

Damage has been done.

Buat Narquiyah & Hasyda .. yg galak mengata saya.

Kata saya Founder Bodoh, siap libatkan ibu saya ..

Tak mengapa. Allah ada. Setiap dosa kamu tidak akan terlepas.

Saya dah pun buat report polis terhadap kamu berdua.



Jika things getting worse, saya tidak akan teragak2 utk saman kamu berdua!

Walau terpaksa bawa kamu ke penjara! (Nauzubillahminzalik)











Read More

Share on Facebook



Sunday, 23 December 2018

Written on

Viral TWB: Muka Melecur

Assalammualaikum w.b.t.

Haih, berat sebenarnya saya nak tulis ni. Tapi rasanya terpaksa tulis juga.



Heboh satu Malaysia dengan kes muka seorang wanita yang melecur akibat menggunakan perkhidmatan mobile Spa dari salah seorang bekas pelajar TWB.

Accident ini terjadi pada 9 December.

Hanya pada 12 December, barulah si mangsa menghubungi saya.

Dan pada 13 December, kes ini mula diviralkan.

(Hanya dalam 1 hari saya tahu kes ini, mereka dh mula viralkan. Belum sempat saya buat apa2 - dh kena viral)


Ini 1st WhatsApp dia pd saya.

Tanpa beri salam, terus terjah tanya soalan TWB ada license ke apa.

Saya pun terkejut.

Mmg ikut step TWB, kami akan minta nama penuh, no IC dan lain2.

Info ini penting supaya kami dpt pastikan org tersebut adalah "genuine" (not scammer, atau SID , atau sekadar nak risik).

Memang tak lah utk saya bagi info lebih2 mcm lesen ke apa.

Lagi pula, masa tu, saya tgh setelkan banyak urusan:

- Program Detox TWB
- Training Spa TWB

Saya share conversation yg seterusnya yer:




Awalnya, bila saya baca cerita si Zalina ni .. saya mmg agak terkejut n a bit marah.

Seolah Beautician yg do the service tu lepas tangan.

Then saya cuba call Beautician terlibat iaitu Jojie.

Masa saya call Jojie, Jojie pun terkejut. She said:

"Dia contact akak ke? Adush, saya dh cakap dah.. ini xde kaitan dgn akak atau TWB. Ini Spa saya.

Dah nama accident, bukan saya sengaja pi curah air panas tu kat muka dia ke apa.  Steamer tu terjatuh.

Dia minta saya belas2 ribu kak. Mana saya ada duit. Saya ckp, kalau nk bg RM 1k saya boleh bg. Dan saya boleh ikhtiarkan utk bg supplement Shaklee yg lain.

Tapi dia ckp, bil hospital belas2 ribu. Dah tu,  saya cakaplah .. kenapa p swasta, kenapa x pergi GH kalau x mampu. Dia pun tahu kewangan saya mcm mana. Bukan saya orang kaya pun.

Hari2 dia pressure saya kak. Sampai saya murung, sampai saya ckp .. akak nk saya buat apa? Nak saya bunuh diri baru akak puas?"

.... dan bnyk lagi lah conversation saya n jojie, which saya nampak mmg Jojie tidak lepas tangan. N Zalina keep on pressuring her.

Ok lepas saya call Jojie n dpt gambaran sebenar, then saya reply semula WhatsApp si Zalina tu.


10.40am msg saya - I'll get back to Zalina

Then saya call Jojie.

11.16am - saya contact semula si Zalina ni.

Dan saya bgtau, accident ini tiada kaitan dgn TWB.

Saya minta dia discuss baik2 dgn Jojie. Sebab mereka adalah kawan.

(Dlm masa yg sama, saya plan nak kutip sumbangan dan dtg ziarah)

Tapi bila si Zalina ni ckp .. saya lepas tgn. N mula kata, saya kena bertanggungjawab sbb semua bawah saya. dan kata saya make money on this business  .. mmg saya geram lah!

Kau msg aku pun xde adab. Tiba2 bgtau minta aku bertanggungjawab without knowing the business module.


Then saya reply lah .. bg analogy ttg kelas masakan.



Screenshot saya reply ni ... difwd oleh zalina pada netizen. Apa lagi .. semua kecam saya lah, maki saya, tuduh saya yg bukan2.

Saya bagi analogy ni .. sbb nk bg senang faham.

TWB tiada kaitan dgn sebarang kecuaian mana2 bekas pelajar TWB .

Ibarat awak pergi kelas memasak. Then awak masak. Tiba2 awak cuai, x perasan ada telur lalat. Then customer sakit.

Patut kah customer salahkan cikgu yang ajar memasak?

Ni analogy nak bg senang faham. Bukan nak sama kan muka ko dgn masakan, yer Zalina.

Saya nak bgtau ...

There's no employer employee relationahip dlm TWB.

Selepas training, Beautician bebas menjalankan Service Spa atas nama mereka sendiri.

TWB tidak ada ambik keuntungan sesen pun dari setiap service Spa yg mereka lakukan.

Of course, TWB ada license & module with SOP.

(Kita ada no pendaftaran SSM yg sah dan setiap tahun, syarikat bayar cukai without FAIL)

TWB dah beri latihan kpd lebih 600 orang.

Kalau setiap 600 orang ni, buat facial pd 5 orang sahaja.. means dah lebih 3,000 muka yg bekas pelajar TWB pegang n buat service.

Kalau lah training ini tidak mengikut SOP, sudah tentu banyak complaints yg kita dpt.

As i said, yg berlaku ini adalah disebabkan KEMALANGAN.

Steamer terjatuh.

Bukan Produk yg ada masalah, bukan juga sebab steamer meletup ke apa.

Macam kita masak air .. tiba2 cerek terjatuh. Adakah salah cerek? Atau salah wiring?

NO! It was an accident.

Dan accident can happen anywhere even kpd seorang yg dh Professionally Trained! Betul x?

Ok saya tidak menyebelahi Jojie. Cuai tetap cuai; dan mmg salah.

Sungguhpun begitu, Jojie tidak lepas tangan.

Saya sendiri baca conversation antara Jojie dgn si Zalina ni. Jojie sentiasa follow up dgn Zalina.

Tapi Zalina ni banyak twist cerita.

Dia kata, Jojie yg paksa dia ambik service. Dia x nak pun. Tapi sebab kasihan kawan, dia terima juga.

Padahal kalau tgk conversation mereka, Zalina yg nak. Bukan Jojie paksa ke apa. Tiada langsung unsur PAKSAAN.

N Zalina sendiri tahu, full facial treatment mmg ada Steamer .

Ok malas dah saya nak cerita pasal Zalina n Jojie.

Saya share semua screenshot saya dgn Zalina.

Anda nilaiah sendiri yer ..


Saya terpaksa blok zalina sekejap sebab saya ada banyak kerja.

Masa tu, saya tgh nak gerak balik melaka sbb ada Training, then nk prepare barang2 ke Singapore.

Saya tak nak mood saya affected sbb dok baca dia marah2 .

Then esoknya.. saya reply.

Saya pun kesian dan simpati dgn apa yg terjadi pada Zalina.

 

 


Korang baca .. elok je saya ber WhatsApp dgn Zalina .

Siap si Zalina ni kata, dia tahu TWB x salah 100%.

Dia pun faham, dah nama Accident.

Tapi rupa2 nya .. lepas selesai conversation saya dgn Zalina,

Zalina n kawannya make jokes on my whatsapp.

Belum sempat saya buat apa2, belum sempat saya nak atur utk hulurkan sumbangan ...

Kawan si Zalina .. Narquiyah Viral kan isu ini.

Siap blame saya, letak page saya, FB saya .

Letak pula screenshot saya ttg kelas masakan (org yg baca sepintas lalu, mmg nmpk saya ni kejam lah)

Zalina pun turut sama twist cerita..  kata saya sombong lah, buruk2kan saya dan mcm2 lagi!

Dalam masa satu hari sahaja, beribu orang share dan serang page saya dgn makian dan cacian.

Semua assume, yg cuai ini adalah Staff TWB! Ya Allah ...

Sampaikan saya terpaksa unpublish page saya (tak sanggup nak baca ayat hodoh dari netizen. Melampau betul)

Dahsyat nya fitnah yg si Narquyah ni buat.

FB saya pun kena serang. Siap cakap..

"Staff ko baraikan muka orang, dan ko pula sedang seronok berjalan di Singapore"

Apa lah punye manusia.

Tanpa tahu hujung pangkal, p serang mcm tu je.

Dan waktu inilah .. orang2 yg kena remove dari Support Group TWB akibat masalah diri sendiri, tampil menambah rencah.

Cerita yg buruk2 tentang TWB. Siap simpan dendam lagi dgn Founder TWB. Padahal diri sendiri yg ada masalah. Allah ...

Ish .. banyak lagilah benda buruk yg x sanggup saya nak cerita.

Saya sampai depress. Baring je atas katil.

Mcm tu sekali fitnah yg org buat pd saya.

Hasil dari Zalina twist cerita n hasil dari viral fitnah si Narquiyah.

16 December, saya dan suami buat report polis terhadap Narquiyah. Atas viral yg mereka buat.

Then suami contact lawyer, kami plan nk buat saman Fitnah.

Lawyer bgtau.. utk kes ni, mmg saya boleh menang.

Tapi kata Lawyer, tak berbaloi nak saman. Sebab org yg fitnah ni bukan jutawan. Esok2 kena bayar, bukan dia boleh bayar pun.

Mungkin kena masuk penjara kalau dia tak boleh nak bayar.

Hurm, tak kan lah saya begitu kejam nk humban si tukang viral ni masuk penjara kan.

Then saya discuss dgn suami .. kami malas lah nak fikir.

Better kami move on.

Buang masa utk saya lawan orang yg kurang cerdik.

Nama saya busuk?

Tak mengapa lah .. saya Ada Allah

Orang yg bijak, mereka akan menilai dan tidak akan judge sembarangan.

Pada 21 December, saya, suami n adik saya, Athirah; dipanggil oleh Shaklee.

Shaklee nak tahu the whole cerita sebab si Narquiyah ni, dgn berani nya, call Shaklee n make complaints on me.

Saya bertudung putih pink


Selepas berbincang dgn Shaklee, Shaklee pun setuju yg kami tidak ada liable utk case ini.

Cuma Shaklee minta, kami datang ziarah Zalina n hulurkan sedikit bantuan. Sebab apa pun, benda dah jadi. Zalina tetap mangsa.

Shaklee pula, akan call Narquiyah utk explain yg saya tidak boleh disabitkan dgn kes ini dan minta Narquiyah take down the post.

Ok.. kami setuju. Plan kami utk dtg ziarah Zalina n bg sumbangan RM 5k ehsan ke atas beliau.

Malangnya, beliau tak nak berjumpa pun dgn kami.

Bukan main, x nk jumpa. Nak main dgn lawyer 

Hurm  ..

Then esoknya, saya pun pergi berjumpa dgn Jojie (dah x jadi nak jumpa Zalina kan? Plan asal nak dtg ziarah Zalina)

Adik saya Athirah dan saya yg bertudung pink belacan


Dan hasil perjumpasn dgn Jojie:

Reveal lah the true story.

Dari cara Zalina WhatsApp dgn Jojie, mmg dia ada intention nak dpt pampasan besar.

Dia tahu Jojie tak de duit, so dia up case ni pada Shaklee and founder TWB dgn harapan, there's "someone " who can take responsibility utk bayar the compensation.

Baca betul2 whatsapp Zalina pada Jojie ni

Kesimpulannya:

1) Zalina mmg bnyk twist cerita
2) Narquiyah mmg jenis suka buat viral (dia org business, faham2 je lah)

Tak pelah ..

Anda boleh terus burukkan saya, fitnah nama saya.

Terus jaja cerita yg tidak benar pada saya.

Mungkin Mahkamah dunia anda terlepas, tetapi Mahkamah Tuhan, anda takkan terlepas.

Berapa ribu yg baca cerita hasil dari post  FITNAH awak, Narquiyah

Rantaian dosa fitnah yg awak bawa

Awak jawab lah depan Allah nanti!

Buat netizen .. yg simply curse saya, siap suruh saman saya sampai tinggal spender..

Alhamdulillah, kerana case ini .. anda telah dpt kepuasan. Kepuasan utk MEMBULI.

Tapi tuduhan anda yg tidak benar terhadap saya, saya serah kan pada Allah.

Business saya tidak terjejas pun dgn kutukan dan cacian anda. Malah lebih banyak rezeki yg masuk pada team TWB saya.

Utk mereka yg baca blog saya, pesan saya pd semua & pd diri sendiri:

Jangan simply judge bila kita terbaca any berita yg viral. Selidik dan buat lah sedikit pembacaan/ study terlebih dahulu.

DO NOT SIMPLY JUDGE!

Sakit sungguh kena fitnah sebegini. Sungguh!

Patutlah Islam kata:

"Dosa Fitnah Itu Lebih Besar Dari Membunuh"

Hanya suami, ibu, ayah dan adik beradik yg tahu keadaan saya.


Tapi saya yakin, Allah sedang nak beri yg lebih besar dan hebat buat saya.

Saya yakin, tahun 2019 .. lebih banyak IMPIAN saya yg bakal tercapai

Sesungguhnya tidak Allah jadikan sesuatu itu dgn sia2.

TWB akan lebih gemilang tahun 2019 dan ke atas.  Saya pasti!

To all TWBians .. let's FOCUS utk capai IMPIAN yg lebih besar 💪










Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Follow by Email

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.