Alhamdulillah,
baru pulih dari cirit-birit yang sangat teruk & diikuti dgn demam panas.
Allahuakbar, bila diuji dgn kesakitan, barulah kita akan menghargai nikmat
kesihatan yg Allah berikan….
Dalam entry
saya yg lepas (klik sini), saya pernah beritahu pd pembaca semua, sejak
bersalinkan baby Fateh , saya tak pernah mengalami sakit yg serius (demam , selsema.
Kecuali batuk masa dalam pantang). Memang betul…inilah pertama kali saya
mengalami sakit yang agak teruk. Cirit birit dan kemudiannaya demam panas.
Kemungkinan
demam panas yang terjadi disebabkan cirit birit saya yang teruk, dan badan
mengalami kekurangan air. Maka suhu badan juga meningkat….
Alhamdulillah,
sekarang sudah beransur pulih…walaupun masih sedikit cirit, dan tekak masih tak
berapa ok (loya, rasa nak muntah dsb). Sekurang2nya saya sudah mampu utk menaip
blog. Hehehe…
Di sebalik
sakit yang saya alami, banyak sangat hikmah yang saya perolehi…
1) 2 hari sakit yg teruk, dan bila masuk
hari kedua, sales Shaklee saya masuk menderu2, RM1K++. Benarlah janji Allah, di
sebalik kesukaran, ada kesenangan, di sebalik kesempitan, ada kemudahan. Allah
uji saya begini, Dia gembirakan saya dgn yang ini. Terima kasih Allah…
2) Saya SANGAT2 menghargai nikmat
kesihatan yang Allah berikan. Sebenarnya, sebelum saya sakit, pernah terdetik di
dalam hati ini “Aku xpernah sakit, mcm mana yer kalau aku sakit??” Nah, Allah
bg saya merasai sakit > dan baru saya sedar, kenapa saya tidak diuji dgn
kesakitan selama ini. Kerana saya memikul tanggungjawab yang sgt besar dalam
rumahtangga saya. Saya lah ibu, sayalah ayah, sayalah doctor, sayalah driver,
sayalah chef kpd anak2…Bila saya sakit,
saya xmampu nk beri perhatian kpd anak2, bila saya sakit, saya xmampu nk hantar
ammar ke sekolah, bila saya sakit, saya sendri yg terpaksa gagahkan diri pergi
ke klinik mencari ubat (dlm keadaan badan yg lembik akibat buang air lebih 20
kali sehari), bila saya sakit, saya xmampu nak beri komitment pada kerja2
jemaah. Allah….Ampunilah aku. Kerana itu, saya sedar, betapa PERLUNYA SAYA
MENJAGA KESIHATAN DIRI.
3) Bila diuji dgn kesakitan, saya juga sangat2
menghargai masa bersama anak2:
a) Saya tersedar bahawa anak sulung
saya, Muhammad Ammar (5thn) sudah semakin dewasa. Bila saya sakit, banyak kali
ammar datang dan peluk saya, sambil berkata “Ammar sayang ummi”. Dan kemudian
dia akan cuba memicit kepala saya sepenuh hati. Oh, Allah, Kau kurniakan aku
anugerah yang sangat terindah…..
b) Sumayyah juga semakin dewasa….walaupun
tidak se ‘dewasa’ Ammar, tapi sumayyah dgn gayanya yang comel akan datang baring
di sebelah saya tanpa saya sedar (waktu saya melepek di atas katil kerana
keletihan). Bila saya terjaga, terkejut saya bila melihat sumayyah sebelah saya
sambil berkongsi selimut. Dan kemudian hanya tersenyum memandang saya. Oh,
terasa dia sebenarnya cuba utk memahami kesakitan yang saya alami. U’re so cute
my little girl!
c) Fateh juga cuba medapatkan perhatian
saya. Walaupun bibik beri EBM sepajg hari, tetapi bila masa nak tidur, Fateh
xboleh tidur tanpa saya di sisi. Bibik terpaksa bawa Fateh naik ke bilik dan
akhirnya dia terlena di sebelah saya. Allahuakbar, anak2 adalah nikmat yang
terbesar dalam hidup saya…
4) Sakit juga buat saya sgt menghargai nikmat pembantu rumah.
Terasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd hubby kerana keluarkan duit
utk bayar gaji pembantu rumah, walaupun saya tidak lagi bekerja. Kerana sememangnya
saya sangat memerlukan khidmat pembantu rumah, terutama sekali dalam keadaan
beliau yg jauh di sisi.
5) Dan banyk lagi hikmah yang saya
perolehi. Dan yang pasti, semuanya menjadikan saya hamba yang semakin bersyukur…
Walau apa
pun, saya redha dgn kesakitan yang saya alami. Mudah2an ianya kafarah dosa utk
saya membersihkan diri saya ini.
Punca sakit
saya?? Wallahua’lam…
Hari ini,
saya hanya makan antibiotic yg doctor bagi. Selebihnya saya makan Vitamin
Shaklee (Vitalea, B complex, Vit C). Alhamdulillah, rasa badan bertenaga
selepas 2 hari tidak menyentuh apa2 vitamin.
Yang pasti, suami
saya telah berjanji sesuatu (ni akibat merajuk dgn dia). Biasalah ,org dalam
keadaan sakit ni, hatinya mudah sensitive. Hehehe…
Suami telah
berjanji, bila dia balik nanti, dia nak masak nasi lemak bersama2 dgn saya. Hehehe…saat
romatik kami masa mula2 kawin dulu. Tq abang busyuk!!
Oklah, cukup
setakat ini coretan saya pada hari ini. Moga ada manfaat utk semua…
Ingin mencari supplemen yang sesuai dengan diri dan keluarga anda??
Hubungi saya:
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
Sms/Whatsapp: +6013-6971176