Assalamualakum....
Sambungan dari kisah yang dahulu. Boleh rujuk entry ini untuk Siri 1 (
Mudah Ke Saya Capai Semua Yang Saya Impikan??)
Untuk makluman semua, sekarang saya berada di Dubai, melawat husband di sini. Anak2 semua tinggal di Malaysia sebab saya datang utk 5 hari sahaja, dan mereka masih lagi bersekolah (ammar & sumayyah).
In shaaAllah, cuti sekolah bulan 12 ini, saya akan bawa mereka semua datang ke sini.
Oh ya, ini kali kedua saya datang melawat husband. Dan trip kedua ini, saya menaiki business class MAS.
Berselfie dalam Business Class Flight :P
Alhamdulillah, tidak pernah terfikir saya berpeluang merasa semua ini....
Tidak pernah terfikir saya akan ada kebebasan wang dan masa seperti sekarang ini.
"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yg hendak kamu dustakan??"
Sahabat2, rakan2 bloggers....
Saya ingin kongsikan kisah saya dahulu sebelum saya sampai ke tahap sekarang.
Saya bukanlah terus senang utk peroleh apa yg saya miliki sekarang. Terlalu tinggi "harga yg perlu saya bayar" utk sampai ke tahap ini (oh, mata ini sudahpun mula bergenang air mata).
Saya berkahwin dgn suami pada usia 23 tahun, sejurus tamat degree dr Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).
Mungkin keberkatan berkahwin awal, Allah mudahkan jalan untuk saya mendapat pekerjaan dgn awal. Sewaktu menduduki peperiksaan semester akhir lagi, saya sudahpun dipanggil bekerja dgn gaji permulaan RM2500 di kilang ON Semiconductor, Senawang.
Alhamdulillah, saya tidak menganggur terlalu lama setelah tamat belajar. Hanya 2 minggu sahaja berada di rumah, dan selepas itu saya sudah melaporkan diri untuk bekerja.
Sungguh, peluang ini sangat besar bg saya kerana saya tidak mempunyai apa2 simpanan waktu itu, malah keluarga saya juga tiada sebarang simpanan...
Saya berkahwin 100% atas duit gaji yg saya peroleh dan sedikit bantuan dari hantaran suami (RM6K). Malah gaji saya juga habis setiap bulan untuk perbelanjaan keluarga saya....
Saya selalu berangan bahawa hidup saya akan berubah selepas berkahwin. Sama seperti cerita2 fairy tale..
N finally they lived happily ever after
Masakan tidak, husband saya waktu itu juga adalah pelajar jurusan kejuruteraan. Dan sudah pasti, apabila tamat belajar, beliau juga akan bergelar engineer sama seperti saya....
"Engineer berkahwin dgn Engineer" sudah pasti hidupnya akan menjadi perfect, itulah tanggapan saya tika itu....
Tetapi cerita dongeng tidak sama seperti kehidupan realiti. Saya masih mentah untuk mengetahui betapa banyaknya dugaan yg bakal saya hadapi dlm kehidupan di bumi Malaysia ini.
Tempoh 1 tahun perkahwinan, saya masih tidak merasa apa2... Masih dalam dunia heaven orang kata. Waktu itu, husband berada jauh di bumi UK, saya pula bekerja seperti biasa di Malaysia... Duit gaji habis setiap bulan untuk perbelanjaan diri sendiri dan keluarga saya (setiap bulan, duit gaji saya dihabiskan utk membeli keperluan keluarga, brg2 makanan, brg dapur, bilik air (shampoo, ubat gigi, sabun dsb).. Al maklumlah, keluarga saya ni besar. Masa tu, hanya saya dan kakak.yg sudah bekerja... 7 org adik masih belajar.
Masa ni, saya masih tidak mempunyai kenderaan lagi. Saya ke tempat kerja dgn menumpang kereta atau motor housemate saya tika itu... Maka lagilah saya tidak merasa terbeban apa2 tika itu kerana tiada komitmen bulanan yg perlu saya bayar.
Saya ada bercerita dlm entry sebelum ini yg saya berpeluang melawat husband di UK sebanyak 2 kali. Saya ke sana bukan kerana saya ada lebihan simpanan, tetapi nk dijadikan cerita, syarikat tempat saya bekerja membayar bonus kpd semua Engineer yg mengikat kontrak selama 2 thn di situ. Sebanyak RM7K wang Cash diberikan kpd sesiapa yg bersetuju menandatangani kontrak atas projek The Apprentice syarikat tika itu...
Dan duit kontrak yg dpt itulah, saya gunakan untuk membeli tiket ke UK sebanyak 2 kali.
Ya semua ini aturan Allah... mungkin kerana berbuat baik pd ibu ayah, Allah mudahkan rezeki saya..Allah kabulkan impian yg saya simpan sejak sekian lama...
Besar sungguh barakah apabila kita menggembirakan hati org tua...
Kalau ikut logik, mana mungkin saya punyai peluang utk melancong ke luar negara dlm keadaan wang simpanan yg RM0!! Suami juga bukan org senang...yg boleh tanggung saya sesuka hati. Tambahan pula, waktu tu beliau masih lg belajar. Mana lah ada duit yg bnyk utk tampung isterinya...
Sejurus tamat belajar, suami pulang ke Malaysia, dan alhamdulillah, beliau juga tidak menganggur terlalu lama. Satu bulan kemudian, beliau berjaya mendapat tempat di Petronas, dan main office nya di Kuala Lumpur. Alhamdulillah...
Waktu itu, saya cukup merasakan kehidupan kami sangat perfect. Kami mula membeli kereta. Alhamdulillah, dptlah kami membeli Honda City dgn hasil simpanan suami sebagai down-payment.
Waktu itu juga, saya masih tidak tahu Nature pekerjaan suami bagaimana. Saya masih tidak tahu bahawa saya "bakal" ditinggalkan suami selalu...
Sebulan selepas suami mula bekerja...barulah saya rasai kepayahan hidup sebenar.
Allah... Saya sangkakan saya hanya perlu berpisah dgn suami satu tahun sahaja (ketika beliau belajar), rupa2nya it's not the ending of the story.
Dalam sebulan, kami hanya dapat bersama 1-2 minggu sahaja! Selebihnya, suami dihantar out station oleh Petronas.
Hanya tangisan yg menemani saya setiap kali suami keluar out station. Mana mungkin saya berhenti kerja dan mengikut suami.
Kami bukan org senang... Setiap bulan,saya masih perlu menampung perbelanjaan ibu dan adik2. Ditambah sudah punyai komitmen utk membayar kereta... Ianya lebih menyukarkan utk saya mengambil keputusan utk berhenti kerja.
Duit simpanan tiada, rumah juga masih belum ada.. Gaji suami tika itu juga baru RM3K. Mana mungkin saya tergamak membebani suami seorang diri.
Apabila saya mengandung, saya semakin tertekan utk terus bekerja. Tetapi apakan daya, saya tiada pilihan ketika itu.
Pernah saya terlepas ckp dgn suami, "kalau saya tahu kerja abg begini, saya takkan kahwin dgn abg". Waktu itu, saya sgt2 tertekan...
Di saat pasangan lain sedang berbahagia, dpt masak utk suami, dpt menumpang belaian suami setiap mlm, dpt menghabiskan hujung minggu bersama suami, tetapi saya?? Saya terpaksa melalui semua itu berseorangan...
Tetapi suami saya seorang yg sgt2 penyabar. Beliau sering berpesan..
"Sayang, ada org yg hidupnya lebih susah dari kita. In shaaAllah, suatu hari nanti, kita tidak akan berpisah sebegini. Hidup kita akan stabil suatu masa nanti. Tetapi awak perlu bersabar"
Saya tahu, bukan kehendak suami utk melalui semua ini. Tetapi inilah lumrah yg perlu dilalui oleh pasangan muda di Malaysia.
Saya melalui semua ini tahun demi tahun... Dari anak pertama sehingga lahirnya Anak ketiga.
Sungguh Sahabat2... Terlalu banyak keperitan dan tangisan yg dtg sepanjang tempoh itu.
Sepanjang tempoh itu, terlalu banyak dugaan yg saya hadapi.... Dan saya pasti, kalau anda tahu semua itu, anda juga tidak sanggup utk melaluinya!! (saya tulis ni pun, dlm keadaan air mata yg deras mengalir).
Tetapi Allah itu sangat2 Maha Penyayang...
Kuasa DOA.. Doa yg saya pinta setiap masa, doa yg saya rayu dgn linangan air mata...doa yg tidak henti2...
Akhirnya, Allah temukan saya dgn Shaklee. Setelah hampir 6 tahun hidup saya penuh dgn linangan air mata, akhirnya "masa"itu tiba jua...
Saya sendiri tidak menyangka, Shaklee menjadi asbab utk saya dapat apa yg saya impikan selama ini.
Shaklee menjadi asbab saya akhirnya berjaya resign dan menunaikan apa impian saya selama ini...
6 tahun saya diuji, rupa2nya Allah ingin memberi "hadiah" terbaik untuk saya....
Ada saya kongsikan sedikit kisah saya di sini:
Selangkah Ke Tapak Baru; Master Coordinator
Tahukah anda, sepanjang tempoh 6 tahun perkahwinan :
🍁 saya belajar utk berhadapan semua kes seorang diri (kereta accident, anak warded, bibik lari, etc)
🍁 Saya belajar menjadi semua profession (sayalah ayah, sayalah ibu, sayalah doktor, sayalah driver, sayalah tukang bayar semua bil2, sayalah in Charge utk keperluan keluarga , kdng2 saya juga menjadi mcgyver di rumah)
🍁 Saya juga menjadi "bank" (sumber kewangan) utk keluarga saya
🍁 Saya juga berhadapan dgn pelbagai kerenah dan masalah di tempat kerja
Dan itu tidak termasuk masalah dalaman keluarga saya....
....semua itu kadang2 buatkan saya menjadi terlalu lemah.
Rupa2nya itulah tarbiah dari Allah. Dia ingin jadikan saya seperti permata, Dia ingin beri "kesenangan " yg lebih besar dari itu... Dia ingin jadikan saya seorang wanita berjiwa kental, wanita yg berdikari yg hanya bergantung dan berharap hanya kpd Pencipta, bukannya pd makhluk ciptaanNya ...
Ya Allah , terima kasih atas semua ini....
Cuma apa yg ingin saya sampaikan... Walau apa jua dugaan dan cabaran:
1) carilah Allah sebagai tempat untuk mengadu, utk ceritakan segala2nya, bukan dgn manusia
2) jgn sesekali menunjukkan perkara2 negatif/ menceritakan masalah di hadapan umum, seperti Facebook etc. Ingatlah , apabila anda menceritakan keburukan, anda sebenarnya membuka aib diri anda sendiri. Sebolehnya saya tidak akan menceritakan masalah saya kepada sesiapa kecuali suami saya.
3) sentiasalah bersyukur dgn apa yg anda perolehi. Benar, saya rasa tertekan hidup yg sentiasa berjauhan dgn suami, tetapi apabila saya memikirkan nasib ibu tunggal , nasib wanita yg dimadukan , nasib isteri yg punyai suami yg tidak bekerja/ yg tidak bertanggungjawab memberi nafkah, saya jadi insaf. Dan saya sgt2 pegang dgn firman Allah :
....apabila kamu bersyukur , Kami akan tambahi nikmat (Ibrahim :7)
4) sekiranya anda rasa tertekan dgn hidup sekarang , carilah peluang utk mengubah hidup anda. Keluarlah dari comfort zone anda... Ingatlah , tidak Allah ubah nasib kita melainkan kita yg mengubahnya terlebih dahulu . Hidup ini sentiasa ada pilihan, percayalah ... Dan inilah yg telah saya lalui selama ini.
Kalaulah saya tidak bertindak, sudah pasti hidup saya masih sama seperti dahulu. Stress, tertekan , duit tidak cukup, terpaksa bersedih meninggalkan anak2, dsb.
Di zaman kini, segalanya memerlukan duit. Untuk kita menjadi kaya, hanya ada 2 jalan sahaja iaitu:
1) pegang jawatan yg besar
Atau
2) berniaga
....Dan saya memilih pilihan kedua. Kerana tidak mungkin saya berpeluang memilih pilihan pertama di usia sekarang .
Saya seorang yang sentiasa ber Impian Besar. Impian saya dalam hidup ini terlalu besar.
Kerana impian yg besarlah, yg menolak saya hingga sampai ke Tahap ini. Syukur Alhamdulillah .... Allah "sambut" doa saya yg begitu lama saya pinta.
Semoga apa yg saya ceritakan ini, menjadi sumber inspirasi dan semangat utk anda bertindak dan berubah demi mencapai impian anda.
Jangan takut untuk bermimpi....
Sekian...
Ainul...
"Working-at-home-mother"
~ Ketahuilah, hidup sentiasa ada pilihan, maka berusahalah mencari pilihan yang terbaik utk kehidupan kita ~
Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
sms/whatsapp: +6013-6971176