Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 22 September 2013

Written on

Hadiah Hari Jadi Terindah.....

Lama dah tak tulis blog... sibuk ber'coaching' dgn anak2 Shaklee, sampai lupa nak update blog.

Baiklah...saya just nak berkongsi kegembiraan saya pada hari jadi yg lepas.

Tanggal 14 September 2013, genaplah saya berumur 30 tahun. huhu...tua nya rasa dah.

Apa yg best nyer hari jadi kali ini??

Sudah pasti ia lain dari yg lain, sebab saya meyambutnya dalam keadaan saya sudah bergelar Working-At-Home-Mama! Alhamdulillah, cita2 yang dipendam sejak sekian lama, sejak dr thn 2007 lagi. Fuh, 6 thn saya simpan azam ini, utk menjadi suri rumah sepenuh masa....

Dan yang paling istimewa, saya kini bergelar seorang Suri rumah 5-angka! Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....

Moga rezeki yang bertambah ini menajdikan saya hamba yang lebih dekat pd Nya & moga akan lebih banyak saya dapat menyumbang utk agama, keluarga & Negara....

**Kerja engineer 10 thn pun belum tentu lagi dapat gaji 5-angka sebulan. Tetapi hanya sethn buat Shaklee, bonus ku mencecah 5-angka sebulan. Syukur pada Allah kerana dipertemukan dgn Group Shaklee yg hebat!

Bagaiman saya boleh dapat 5-angka?? Hah, kenalah join group saya dahulu, kerana di situlah segala tips2 dan rahsia menjadi seorang Jutawan Muslimah didedahkan! Jgn risau, ini bukan skim cepat kaya, ini juga bukan MLM yg menindas org.. org bawah buat kerja & org atas goyang kaki. No No No! Syarikat MLM Shaklee adalah patuh syariah.. tiada istilah downline kerja utk upline. Siapa usaha dia dapat, siapa tak usaha, walaupun dia berada di atas, minta maaf. Bye2 saja...

Oklah..tinggalkan bab Shaklee dahulu. Saya nak cerita kisah sambutan hari jadi saya....

Sebenarnya saya ni bukanlah jenis "Birthday Girl" yg suka nak celebrate2 bagai....

Cukuplah ucapan birthday dari org2 yg saya syg terutama sekali MY HUBBY...kalau org lain xwish xper, tp kalau hubby xwish..I merajuk ok?? haha...

Birthday kali ni, hubby belanja pergi melancong ke Brunei! Seronok tak terkata...

Selepas ini saya akan tulis satu entry khas Jalan2 ke Brunei...

Hadiah?? Hurm, sewaktu raya lepas, suami dah belikan handbag idaman saya.. so tu dah kira sekali sebagai hadiah hari jadi (oh ye, saya ni bkn jenis suka beli accessories seperti handbag, kasut, baju selalu..handbag yg saya minta ni pun setelah 3 thn saya xminta hubby belikan...)

Malam birthday saya (13 Sept), hubby belikan Kek Secret Recipe awal2 sebab esok pagi2 (14 Sept), kami dah bertolak ke Brunei. So kami celebrate awal sikit. Saya teringin nak makan Kek Red Velvet, tetapi sedihnyer...Secret Recipi di Miri tak ada lagi kek tu. huhu...

Oh, yer kami tidur di Miri dahulu sebelum bertolak ke Brunei.

Hurm, rasanya itu lah sahaja cerita sambutan hari jadi saya (act tgn ni dah malas nak tulis, sudah mengantukkk). Jom kita layanzz gambar pulak. Zassss....

 
Beli Brownies je, sbb semua kek di Secret Recipe saya dah jemu. Semua dah pernah makan. Since brownies xpernah try lagi, jadi kami beli 2 jenis Brownies; Cheese Brownies + Carrot Brownies




Anak2 permata hatiku...

Oklah, sekian dahulu ringkasan berita cerita dari saya. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang.


Wassalam....

Terima kasih wahai suamiku!




Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Tuesday 10 September 2013

Written on

Paris, I'm In Love!!

Tanggal 2 Sept 2006....

Bermula status ku sebagai seorang isteri kpd seorang lelaki bernama Mohd Dzuha Mat Saad....

2 minggu bergelar pasangan pengantin baru...dan selepas genap 2 minggu, suami terbang semula ke UK demi menyambung pengajian Master nya.

Dan aku meneruskan rutin harianku sebagai engineer di ON Semiconductor, Senawang, Negeri Sembilan....

Sedih? Menangis? Sunyi? Semua telah ku rasai dan ku lalui...suka atau tidak, itulah rencah kehidupan yang TERPAKSA ku tempuhi.

Februari 2007....

Suami membawa aku melawat UK; utk merasai dan melihat sendiri kehidupan beliau sebagai seorang pelajar di sana.

Hari pertama suami menjemput aku setiba di Sheffiled
 
Breakfast di rumah suami
 


Sepanjang berada di rumah suami (dalam sebuah apartment), aku melihat sendiri bagaimana gigihnya suamiku menguruskan masanya utk bekerja & belajar:

Sewal jam 7am, keluar bekerja sebagai cleaner selama 2jam

Pulang dari bekerja, bersiap pula utk ke kelas...

Kemudia petang, keluar semula bekerja selama 2 jam...

Bekerja sepagai part time cleaner demi utk mengumpul duit; membawa isteri berjalan2 ke luar Negara!

Dan akhirnya, tibalah masa utk kami terbang ke Paris!


Flight kami ke Paris; Easy Jet Low budget Plane

Hanya Allah yang tahu, betapa aku bahagia sepanjang berada di Paris!

Bukan kerana aku bangga dapat berkunjung ke sana, tetapi yang jauh daripada itu, aku SANGAT BAHAGIA kerana kami berdua 'bebas' buat sementara waktu!

Ya, bebas sementara dari memikirkan kesulitan hidup kami; suami tidak perlu memikirkan bebanan beliau utk belajar & bekerja, dan aku pula..tidak perlu memikirkan hal2 kerja di kilang yang sentiasa menyakitkan kepala! Kami JAUHHHHH dari semua itu walaupun hanya untuk beberapa hari!

Ya, hanya beberapa hari tetapi sudah cukup utk kami melupai kerumitan hidup kami sebagai pasangan jarak jauh! Cukuplah beberapa hari itu utk menjadi kenangan terindah buat aku dan suami, walaupun kami 'mengembara' dalam keadaan low budget couples!

Paris, We are in Love!!!

 



Azamku suatu hari nanti...aku mampu membawa suamiku utk melancong ke Paris semula! Ya, dgn duit ku sendiri..sebagai tanda terima kasih atas pengorbanannya selama ini....

In shaa Allah..selepas selesai urusan kami mengerjakan haji, aku akan merancang percutian kami berdua ke Paris!

Paris, tunggu kami datang!!!



Nasihatku untuk semua, jangan pernah berhenti berharap! Andai anda mengimpikan utk terbang ke luar Negara, lakarkan impian anda! Terjemahkan impian anda! Biar minda separa sedar anda berusaha untuk mencapai impian tersebut. Biar ia menjadi satu doa utk anda! Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar!

Nukilan rasa dariku sempena Anniversary kami yang ke-7 tahun!




Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176
Read More

Share on Facebook



Monday 9 September 2013

Written on

Isteri Cerdik Yang Solehah, Penyejuk Mata, Penawar Hati....

Baru2 ini saya menghadiri Rumah Terbuka Alumni Sheffiled 2013 bertempat di UPM, Serdang. Oh, yer..Suami saya adalah bekas pelajar di University of Sheffiled, UK...sebab tu kami menerima jemputan ini.

Sampai saja di sana, memang suami saya melepaskan kerinduan kpd kwn2 kaum Adamnya; memang berborak abis....

Suami saya ni seorang peramah dan kelakar, hai mmg kenalah pergi majlis begini. Saya biarkan saja dia bersama kwn2nya, dan saya berborak dgn kakak2 ex-Sheffiled yg lain sambil memerhatikan anak2 saya; Ammar & Sumayyah bermain  (oh yer ada clown di majlis tersebut, mmg budak2 hepi lah!) Baby Fateh tinggal di rumah bersama bibik sebab sewaktu kami bersiap nak keluar, Fateh masih tidur, jadi tak sampai hati kami nak kejutkan dia...


 
Semasa majlis tersebut, diadakan juga upacara potong kek bagi meraikan orang2 yg lahir pada bulan September dan juga......

Pasangan Pengantin Baru!

Hah, kenapa saya highlight word di atas???

Kalau u all tgk background kat pentas tu, "Selamat Datang & Pengantin Baru Sheffiled 2013/2014"

Agak2 apa yg special nyer??

Mulanya saya pun tak jangka apa2, saya tepuk je tgn bila mereka umumkan pasangan pengantin baru tersebut. Saya tgk je saat mereka potong kek dll....

Saya juga sempat bersalam dan berbual sekejap dgn isteri pengantin baru tu; well..nampak agak muda...n a bit seksi! (even pakai tudung).

Dalam perjalanan pulang, barulah suami saya bercerita.

"Awak tahu, tu isteri baru Abang xxx... " bicara suami.

Saya terkejut. "What??? Mana isteri lama dia?"

Rupa2nya isteri beliau telah meninggal dunia akibat KANSER. Sedihnyer hati saya bila mendengar cerita suami. Hasil perkahwinan Abg xxx dan isteri nyer yg pertama, mereka dikurniakan 8 orang anak!

"Hurm...sedihnyer bang" itu saja yg mampu saya katakan....

Suami menyambung cerita, anak2 Abg xxx tidak merestui perkahwinan ayah mereka dgn isteri baru ni. Mereka membantah sekeras2nya terutama anak yang pertama.

Dan rupa2nya isteri baru Abg xxx ni adalah anak buah isterinya! Beliau dulu bekas pelajar Master di bawah Abg xxx! hurm....tulah jodoh namanya! (tp entah kenapa, dlm hati ni seakan2 sedang menangis...I dunnoe why!)

Sedih...rasa nak menangis, rasa benci pun ada! Sedih bila teringat abg xxx dgn gaya mudanya, dengan senyum lebarnya ketika di atas pentas!

"Sudah lupa teruskah beliau dgn anak2? Sudah tidak berharga lagikah kenangan2 silam bersama anak2? Sudah jemukah beliau mengingati saat bermain dgn 8 org anaknya????"

Yes, isteri muda, anak dara...lelaki mana tidak seronok kan?? For sure hidup seakan2 baru sahaja mendirikan rumahtangga buat PERTAMA KALI!

Tetapi sampai bila keseronokan itu akan KEKAL??

Malam itu, saya berbual dgn suami...

"Abang, apa pandangan abg tentang abg xxx?"

Suami memandang...agaknya beliau pun sudah dpt mengagak apa yg sedang bermain di fikiran saya. Beliaupun menjawab...

"Bagi saya, tindakan abg xxx berkahwin lain itu ok. Kerana ia fitrah seorang lelaki. Tetapi saya tidak bersetuju dgn cara abg xxx mencari pasangan hidup yg baru. Kalaupun ingin berkahwin lain, carilah isteri yang disukai oleh anak2, yang boleh anak2 melepaskan kerinduan kpd ibu mereka, bukan yang hanya seronok di mata sendiri..."

Bicara suami sudah cukup menyejukkan hati ini!

Buat para wanita, berdoalah moga Allah berikan yg terbaik utk diri kita. Moga Allah pinjamkan baki2 kehidupan2 kita utk terus menjaga amanah yang telah diberikan....

Buat para suami pula, carilah isteri yang boleh mendekatkan diri kpd Allah, yg apabila bersamanya, hati ini semakin cinta kpd Allah, semakin dekat dan takut kpd Allah! Dan yang penting juga, ia mampu mendidik anak2 dari benih anda sendiri menjadi hamba Allah yang mukmin/mukminah!

Sekadar bicara saya di petang hari...

Sesungguhnya saya bukanlah seorang yang sempurna, tetapi in shaa Allah, saya akan berusaha utk menjadi isteri yg sempurna di mata suami dan anak2!

Kerana mereka adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidup saya!

"Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga ku bersama suami; biarlah kami menjadi suami isteri di dunia dan di akhirat sana. Kuatkanlah iman kami demi meneruskan perjuangan dakwah kami...."



Terima kasih wahai suamiku!




Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176

Read More

Share on Facebook



 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.