Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 17 August 2013

Written on

Ayuh...Hantarkan Qunut Nazilah Buat Mereka Di Sana!

Dalam keadaan saudara2 kita yang sedang sengsara di Mesir, ayuhlah sahabat2..hantarkan Qunut Nazilah buat mereka!

Qunut Nazilah sunat dibaca ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak penyakit, kemarau dan sebagainya.

Bagaimana melaksanakan Qunut Nazilah??

1) Baca Qunut Nazilah pada tiap-tiap sembahnyang fardhu

2) Qunut ini dibaca pada waktu iktidal selepas ruku' pada rakaat terakhir (macam kita baca doa qunut solat subuh)

e.g:

Subuh > selepas rukuk rakaat ke-2
Zuhur/ Asar/ Isya' > selepas rukuk rakaat ke-4
Maghrib > selepas rukuk rakaat ke-3

3) Baca qunut Nazilah selepas membaca Qunut yang biasa kita baca pada waktu subuh

Lafaz Qunut Nazilah:


Note: Jika solat berjemaah, disunatkan imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum.


Ayuh sahabat2! Walaupun kita mungkin tidak mampu menghantar bantuan yang hebat buat mereka, tetapi Allah telah mengajar kita untuk menggunakan SENJATA yang paling hebat iaitu DOA!

Secara logiknya, Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mampu untuk menghancurkan para thagut dengan sekelip mata; Kun Fa Ya Kun!

Tetapi mengapa Allah mengajar kita untuk BERDOA??

Kerana DIA ingin mendengar rintihan hamba2Nya...DIA ingin kita saling berkasih kasihan antara saudara seagama, DIA mahu kita menjadi seorang insan yang bersikap PEDULI...Kerana itu DIA mengajar kita untuk menggunakan SENJATA yang MAHA HEBAT iaitu DOA!

Andainya sahabat2 sukar untuk menghafaz Qunut NAzilah ini dalam solat, saya menyeru agar dibacakan doa Qunut Nazilah selepas anda selesai solat Fardhu, tidak kisah andai kita berbicara dalam bahasa Melayu!

Lafaz dalam bahasa Melayu:

"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka.

Ya Allah, leburkan kumpulan mereka, pecah belahkan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2-Mu ke atas mereka

Wahai Tuhan yang gagah perkasa, wahai Tuhan yang bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...

Wahai Tuhan yang menurunkan Al Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera ahzab.

KALAHKAN MEREKA & MENANGKANLAH KAMI KE ATAS MEREKA!"

Tolonglah wahai sahabat!

Tolonglah wahai pembaca setia blog saya!

Aminkan doa ini...

Hantarkan senjata yang hebat ini buat saudara2 kita yang dahagakan pertolongan dari kita!



Tidak Ada Daya Melainkan Allah!

"Wahai Allah...letakkan akhirat di hatiku dan dunia di tanganku..."





#Pray for Egypt


Pn Ainul Shahrazad
Shaklee Independent Distributor (ID No: 867597)
ainul83@yahoo.com
+60136971176




Share on Facebook



Share this case:

0 comments:

Post a Comment

 

Ainul Dzuha

Shaklee Independent Distributor

ID: 867597

Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei & Singapore

Contact

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 013-6971176

Dikuasakan

Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my.